in

“Kering sangat hati budak-budak ni” – Tular Video Sekumpulan Kanak-kanak Main Basikal Lajak Atas Jalan Raya Sampai…

Feature Lajak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu basikal lajak memang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat hari ini. Walaupun pernah berlaku kes kematian akibat basikal lajak, nampaknya mereka masih tidak serik dan tetap degil bermainnya.


Terbaru tular di laman Twitter video berdurasi 2 minit yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang asyik bermain basikal lajak diatas jalan raya.

Perbuatan mereka itu telah dirakam oleh seorang pemandu teksi yang kebetulan sedang melalui jalan tersebut. Kedengaran pemandu teksi turut memarahi kanak-kanak tersebut dalam video itu.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Taman Muda Ampang.

Melalui video tersebut, jelas menunjukkan kanak-kanak itu sedang bermain basikal lajak dengan melakukan aksi berbahaya sambil diekori sebuah motosikal dipercayai rakan kepada sekumpulan remaja itu.

Di akhir video tersebut menunjukkan dua orang daripada 5 ke 6 orang kanak-kanak yang bermain basikal lajak itu telah jatuh tergolek di atas jalan raya. Namun nasib mereka baik kerana tiada kenderaan lain dari jalan bertentangan.

Pemandu teksi itu pantas memberhentikan kereta dan membantu kanak-kanak tersebut. Tapi sambil membebel lah.

Rata-rata netizen marah disebabkan oleh perbuatan kanak-kanak tersebut yang sememangnya mengundang bahaya.

“Nanti bila kena langgar, semua salah pemandu!”

Komen Marah 1
Sumber: twitter

 

Komen Marah 2
Sumber: twitter

Haishh budak-budak ni memang tak serik-serik kan, kan last sekali tu dah jatuh tergolek. Dapat sakit je.

 

Baca: “Kami tak dapat terima keputusan itu” – Keluarga Mangsa Basikal Lajak Kecewa, Cadang Nak Lawan Semula Kes Di Mahkamah?

Feature Image Keluarga Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.