“Kereta terbang?!” – Netizen Gelakkan Kereta Tersangkut Tengah Jalan Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kemalangan memang tidak dapat dielakkan. Secermat mana pun kita memandu, kadang-kadang tu sebab salah orang lain, kita terlibat dalam kemalangan. Betul lah cakap orang dulu-dulu, malang tidak berbau.

Tapi kemalangan yang dikongsi oleh @AlisaMazlan di Twitter miliknya ini, memang buat netizen gelak dan terhibur. Mana tidaknya, kereta yang kemalangan ni tidak melibatkan orang lain, tapi hanya kereta itu sendiri. Yang buat lebih lawak bila netizen keluarkan stereotype kepada kereta jenis ini. Nak tahu kereta apa? cuba korang tengok bawah ni.

Minta kena bahan

Myvi. Memang tak boleh disangkal. Kereta kompak dan paling popular di Malaysia. Memang menjadi pilihan hampir setiap orang dan pemandunya juga ada sterotype tersendiri. Memang netizen tak kasi chance langsung lah, terus bahan je.

Myvi memang serbaneka. Dan hampir semua orang pun tahu Myvi boleh buat apa saja. Bila dah jadi macam tu, memang minta kena bahan lah. 

Shushh.. jangan kacau tengah lepak tu. Nanti dia panggil geng-geng Myvi yang lain baru tahu.

Ada kemungkinan jugak. Biasa pergi basuh kereta, minta cuci luar dalam. Sekali dia tembak air ke dalam memang lah basah. Itu sebab sidai dekat situ, nak bagi kering. Tapi dik, agak-agak lah pun nak sidai dekat situ, tengah-tengah jalan jugak yang kau pilih. 

Iye tahu, Malaysia nak buat kereta terbang. Tapi yang dalam perancangan tu pun masih prototaip guna kipas kedai RM2. Berfikiran jauh sangat kau ni, Myvi. Aduhai, Myvi, Myvi. 

Apa pun yang terjadi, kami di Lobak Merah mendoakan agar pemandu Myvi tersebut dan kawan-kawannya selamat dari kejadian yang berlaku. Tapi kena terima juga lah netizen yang membahan kejadian tu. Lepas ni hati-hati sikit ye, dik oi. Kan dan susah, satu kerja pulak nak kena panggil tow-truck. Untuk yang memandu Myvi tu, kita gurau-gurau je okey, jangan triggered pulak. Pesanan untuk semua, hati-hati memandu, ingatlah orang yang tersayang!

 

Baca: 9 Jenis Kereta Paling Jimat Minyak, Tapi Korang Mesti Terkejut Kenapa Kereta ‘Legend’ Ni Tak Tersenarai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.