9 Jenis Kereta Paling Jimat Minyak, Tapi Korang Mesti Terkejut Kenapa Kereta ‘Legend’ Ni Tak Tersenarai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kereta adalah kenderaan paling penting untuk kita sampai dari point A ke point B. Tak kisah lah korang suka kereta macam mana sekalipun, perkara yang pertama korang nak tahu kalau tengah usha-usha kereta ialah; berapa banyak boleh jimat minyak?

@AdnanIzzuan menerusi akaun Twitternya ada share kereta tempatan dan import yang paling jimat minyak. Siap bagi details penggunaan minyak untuk 100km. Jom tengok kereta mana paling jimat

Perodua Axia

Sumber: Perodua

Menungguli carta, semestinya Perodua Axia. Kecil dan comel je.

Jarak/Liter: 21.6km/liter

100km = RM10.00

Mitsubishi Mirage

Sumber: Paultan.org

Walaupun berada pada kedudukan kedua keseluruhan, Mitsubishi Mirage adalah kereta import yang paling jimat dalam list ni.

Jarak/Liter: 21km/liter

100km = RM10.30

Mitsubishi Attrage

Sumber: Google Image

Dikedudukan yang ketiga, masih lagi kereta import; Mitsubishi Attrage

Jarak/Liter: 21km/liter

100km = RM10.30

Hyundai i10

 

Sumber: CarBase

Kereta yang jimat minyak seterusnya Hyundai i10

Jarak/Liter: 18.9km/liter

100km = RM11.50

Honda City 2016

Sumber: CarBase

Haaa.. jangan terkejut, Honda City 2016 pun dalam kategori jimat minyak jugak

Jarak/Liter: 17km/liter

100km = RM12.70

Perodua Myvi 1.3

Sumber: Carlist.my

Kereta favourite orang ramai, mampu milik, kecil dan comel, Perodua Myvi confirm kena ada dalam list

Jarak/Liter: 17km/liter

100km = RM12.70

Peugeot 208

Sumber: Paultan.org

Peugoet 208 pun masuk dalam list kereta jimat minyak

Jarak/Liter: 16km/liter

100km = RM13.50

Volkswagen Polo Sedan

Sumber: autofreaks.com

Sebelum ni ada isu yang kereta keluaran Volkswagen tak environmental-friendly. Tapi Volkswagen Polo Sedan ni jimat minyak sebenarnya

Jarak/Liter: 15.4km/liter

100km = RM14.02

Proton Iriz

Sumber: Google Image

Segak bergaya dan sporty, Proton Iriz pun jimat minyak jugak

Jarak/Liter: 14.5km/liter

100km = RM14.90

Jap, jap, jap.. mana kereta legend yang betul jimat minyak dan semua orang pernah naik at least sekali seumur hidup?

Ini dia.. kereta legend yang kita semua pernah naik waktu belajar memandu dulu. Confirm jimat minyak, kecil, comel, dan senang parking. Long distance pun boleh. Memang true legend

Sumber: Google Images

Tak kisah lah kereta mana pilihan korang sekalipun, yang penting janganlah menjadi driver yang pentingkan diri dan menyusahkan orang lain. okay?

 

Baca: Perodua Kancil Terbakar Kerana Power Bank Ditinggalkan Di Dalam Kereta

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.