in

Kerajaan Sediakan Peruntukan RM100,000 Untuk Pembangkang

Page Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kali ini kerajaan baru mengambil langkah yang berbeza daripada kerajaan lama bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dengan langsung tidak melepas tangan begitu sahaja kepada pembangkang.


Tengah hari tadi sidang media telah dilakukan untuk membincangkan hasil perbincangan daripada mesyuarat kabinet buat kali ketiga. Antara keputusan yang diumumkan ialah mengenai peruntukan untuk pembangkang.

T1
sumber: malaysiakini

Menurut Malaysiakini, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memberikan peruntukan kepada anggota Parlimen pembangkang demi memastikan rakyat di kawasan yang dipegang mereka tidak akan dipinggirkan.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semestinya ada perbezaan sedikit dalam jumlah peruntukan antara pembangkang dengan kerajaan pusat.

“Kita akan tetap bagi peruntukan kepada mereka tapi kurang sikitlah. RM500,000 untuk kita dan RM100,000 kepada mereka.”

Ini merupakan kali pertama peruntukan seperti ini diadakan. Sebelum ini, kerajaan BN hanya memperuntukkan dana untuk wakil rakyatnya sedangkan pembangkang tidak menerima sebarang bayaran.

T2 1
sumber: malaysiakini

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Tun M turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen yang akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Wah, ni pertama kali ni kerajaan siap buat peruntukan untuk pembangkang. Dulu satu sen pun tak bagi.

Baca: Nasihat Najib Untuk Kerajaan

Nn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.