in

Kerajaan Sedang Teliti Kebebasan Boleh Diberikan Kepada Individu Lengkap Vaksinasi – KJ

Ft Vaksinkj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Individu yang sudah melengkapkan vaksinasi mungkin diberikan kelonggaran dan kebebasan termasuklah kebenaran merentas negeri. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu kini sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses (JKJAV).



Menurut Bernama, selepas selesai meneliti perkara itu akan dibentangkan pula kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diumumkan dalam masa yang terdekat.

Ia akan melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain. Apakah kebebasan yang akan dibenarkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan pada tahap peratusan ambang manakal kita dapat memberi kebebasan kepada mereka yang sudah menerima vaksin.”

Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Centers For Disease Control (and Prevention) telah keluarkan garis panduan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi. Contohnya, sekiranya beberapa orang yang telah lengkap vaksinasi ingin berjumpa di dalam satu bilik, mereka boleh buka pelitup muka mereka.”

Vaksin1

Katanya lagi, individu yang sudah lengkap menerima dos vaksin Covid-19 akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin.

Apabila profil MySejahtera anda berwarna kuning bermakna vaksinasi anda sudah lengkap dan kita akan guna QR Code tersebut apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi diberikan kebenaran melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.”

Selain itu, kerajaan juga dilaporkan sedang berunding dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi itu. Setakat ini, Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan itu dengan Malaysia.

Vaksin2

Beliau bagaimanapun mengingatkan rakyat supaya terus patuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan meskipun sudah menerima vaksin dan mendapat kebebasan.

Buat masa ini, vaksinasi bukan pengganti SOP terutamanya di sektor-sektor yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun vaksinasi ini sangat penting untuk kita pulihkan negara tetapi dari sudut SOP kita yang sedia ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup mula dan lain-lain mesti terus ditegaskan dan dikuat kuasa.”

Baca: Pelajar Tingkatan 5 & 6 Akan Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Julai Ini – KJ

Vaksin Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.