Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu meminta kerajaan agar mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas jam 10 malam.
Jelas Ramesh, pengambilan arak pada waktu tengah malam biasanya akan berlebihan sekali gus memberi risiko kepada kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah. Saranan ini dikeluarkan Ramesh dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sambungnya lagi, peraturan pengharaman ini juga mampu untuk memelihara generasi muda daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan sia-sia. Ia juga boleh membahayakan diri sendiri jika tidak dibendung secara awal.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin turut berpendapat langkah pengharaman penjualan arak ini akan dapat memberi kesan jangka panjang yang lebih bagus kepada masyarakat dan keluarga. Hal ini kerana setiap individu akan terpelihara daripada bahaya pengaruh alkohol.
Sebagai langkah permulaan, Ramesh mencadangkan kerajaan untuk mengenakan larangan berkenaan kepada premis runcit yang beroperasi selama 24 jam dalam kawasan seliaannya.
Apa pendapat anda tentang cadangan ini?
Kredit: Berita Harian
BACA: Mahu Bebas Minum Arak & Merokok, Lelaki Pilih Tinggal Di Lapangan Terbang Sejak 14 Tahun Lalu

