in

JAKIM Pertimbang Cadangan Guna Mesin Layan Diri Untuk Elak Pekerja Islam Sentuh Arak

Vending Machine Arak Jakim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah pasar raya atau kedai serbaneka menjual minuman keras atau arak selain barangan runcit dan keperluan lain.


Perkara ini menjadi isu kepada pekerja beragama Islam apabila berdepan masalah dengan pelanggan yang mahu membeli minuman keras jika tiada pekerja bukan Islam pada ketika itu.

Dalam sesi parlimen tadi, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat menyoal jika kerajaan boleh memperkenalkan mekanisme baharu yang boleh membantu mengelak pekerja Islam daripada terlibat dalam transaksi perniagaan berkaitan minuman beralkohol.

Artikel berkaitan: “Saudari ada sedikit salah faham” – Dr. Zulkifli Perjelas Isu Penjualan Arak Di Hotel Yang Disamakan Dengan Bar & Pub

Artikel berkaitan: FamilyMart Malaysia Henti Jual Minuman Alkohol Di Semua Cawangan

Screenshot 2024 03 07 174557

Beliau menyatakan kebimbangan melihat umat Islam yang terpaksa bekerja di rangkaian kedai serbaneka dan mengendalikan penjualan produk tersebut.

Justeru, beliau mencadangkan kepada JAKIM untuk mewujudkan garis panduan baharu bagi kedai-kedai melakukannya melalui mesin layan diri.

Menjawab persoalan itu, JAKIM mengalu-alukan cadangan supaya kedai serbaneka menggunakan mesin layan diri untuk menjual minuman beralkohol, supaya pekerja Islam tidak perlu mengendalikan produk berkenaan.

Screenshot 2024 03 07 174544

Kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Zulkifli Hasan, kerajaan menerima idea-idea tambahan yang boleh membantu menangani kebimbangan umat Islam yang terpaksa mengendalikan minuman beralkohol di tempat kerja, yang dianggap sebagai haram dalam Islam.

Sementara itu, Zulkifli turut menyenaraikan beberapa usaha lain yang dilakukan JAKIM bagi menangani isu tersebut seperti kempen kesedaran membantu pekerja Islam yang ingin keluar daripada industri yang menjual arak.

Menarik cadangan yang dibincangkan. Apa pandangan korang pula?

Sumber: The Star

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.