in

Mahu Bebas Minum Arak & Merokok, Lelaki Pilih Tinggal Di Lapangan Terbang Sejak 14 Tahun Lalu

F1 Terminal Tom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernahkah anda menonton filem lakonan Tom Hanks yang bertajuk The Terminal? Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang terkandas di Lapangan Terbang John F.Kennedy gara-gara dia tidak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, dia juga tak dapat kembali ke negaranya semula sebab berlaku rampasan kuasa tentera di sana. Kisah yang hampir sama turut berlaku kepada seorang lelaki di China pada sekitar 2018.


Terminal Tom2

Menurut Oddity Central, individu berkenaan telah tinggal di lapangan terbang antarabangsa Beijing selama 14 tahun gara-gara enggan diganggu keluarga.

Dikenali sebagai Wei Jianguo, lelaki berkenaan dikatakan mula menjadi penganggur pada awal umur 40-an. Kehilangan pekerjaan kemudiannya telah menyebabkannya mengalami tekanan.

Oleh itu, dia banyak menghabiskan masa sehari-harinya dengan minum alkohol dan merokok. Ini menyebabkan ahli keluarganya yang tinggal serumah pula tidak senang dengan aktiviti hariannya itu.

Ahli keluarga lelaki yang kini berada di usia 60-an pada ketika itu memberinya pilihan jika dia ingin terus tinggal di rumah keluarga, dia harus berhenti merokok dan minum arak.

Terminal Tom3

Lelaki ini kemudiannya memutuskan untuk menjadikan lapangan terbang berkenaan sebagai rumahnya kerana enggan berhenti dua tabiat tersebut.

Dalam satu temu bual dengan akhbar tempatan China Daily, Wei Jianguo mengatakan dia tidak mahu kembali ke rumah kerana baginya dia tidak bebas di sana.

Keluarga saya turut mengatakan jika saya enggan berhenti merokok & minum, saya harus menyerahkan elaun bulanan yang kerajaan berikan sebanyak 1,000 yuan (lebih kurang RM662) kepada mereka jika saya mahu terus tinggal bersama mereka,” katanya. 

Namun, dia enggan melakukan sedemikian sebab kalau tak, dia tak boleh nak beli rokok dan arak dengan duit berkenaan.

Menurutnya lagi, kemudahan yang tersedia di lapangan terbang dah lebih dari cukup untuk dirinya teruskan kehidupan. Dia dikatakan akan membeli makanan di salah sebuah restoran yang ada di airport kerana harganya juga berpatutan.

Kadang-kadang, dia juga akan memasak makanan sendiri menggunakan periuk elektrik.

Untuk pengetahuan semua juga, pihak polis dah banyak kali bawa dia pulang semula ke rumah keluarganya namun Wei Jianguo akan kembali ke lapangan terbang agar boleh hidup tanpa gangguan keluarga.

Pada 2018, dia turut dikatakan dah menetap di tempat itu selama 14 tahun. Namun, keberadaannya sepanjang dua tahun pandemik COVID-19 berlaku pula tidak dapat dipastikan .

Ada juga netizen yang mempersoalkan bagaimana pihak keselamatan di lapangan terbang boleh membenarkan lelaki ini tinggal di tempat tersebut selama bertahun-tahun dan tak kurang juga ada yang kagum dengan pendirian lelaki ini.

Sumber: Oddity Central, China Daily 

Baca: “Tiada mangsa terselamat setakat ini”- Netizen Sebak Lihat Keluarga Mangsa #MU5735 Meratap di Airport 

Terminal Tom1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.