in

Kerajaan Arab Saudi Benarkan Kapasiti Penuh Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Mulai Esok

1Umrah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran untuk menunaikan ibadah umrah dan haji baru-baru ini, kini satu berita baik untuk umat Islam dikeluarkan sekali lagi.


Kerajaan Arab Saudi membenarkan kapasiti solat berjemaah berkapasiti penuh di dua masjid suci di Mekah dan Madinah bermula esok (17 Oktober 2021)

Screenshot 2021 10 16 At 11.05.53 Am
Sumber: google image

Kebenaran itu dikeluarkan bagi memberikan kelonggaran SOP Covid-19 kepada jemaah yang telah lengkap menerima vaksin.

Selain itu, Kerajaan Arab Saudi juga memaklumkan pihak mereka tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka. Namun, arahan memakai pelitup muka di beberapa tempat tertentu dan kawasan tertutup masih diteruskan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Screenshot 2021 10 16 At 11.06.04 Am
Sumber: google image

Menurut laporan Astro Awani, Kerajaan Arab Saudi juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakkan fizikal.

Screenshot 2021 10 16 At 11.07.09 Am
Sumber: google image

Kesemua kebenaran dan kelonggaran ini diberikan bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah serta kehidupan sosial rakyat disana.

 

Baca: Jemaah Haji & Umrah Boleh Memohon Visa Melalui Aplikasi Telefon Pintar – Kerajaan Arab Saudi

Screenshot 2021 10 16 At 11.04.46 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.