in

Kerajaan Akan Beri Bantuan Khas Sehingga RM500,000 Jika Penerima Vaksin Terima Kesan Sampingan Serius

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha untuk tingkatkan keyakinan orang ramai untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan kepada warganegara Malaysia dan warganegara asing yang mendapat kesan sampingan serius selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba, kerajaan akan menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara untuk membuat bayaran bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19.

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 ini akan diberikan seperti berikut:

  • RM50,000 sekiranya berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin Covid-19 sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.
  • RM500,000 sekiranya berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid-19.

153132416 3793577034054161 9162642908688393059 N

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun menubuhkan tiga jawatankuasa bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan pengambilan vaksin dan isu keselamatan berkaitan dengan vaksin Covid-19.

Jawatankuasa Farmakovigilans Khas untuk memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi dan isu keselamatan berkaitan dengan vaksin Covid-19.

Jawatankuasa Teknikal Perubatan bagi menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait dengan vaksin Covid-19 dan penilaian akan dibuat secara case to case basis berdasarkan bukti yang diterima dan laporan dari Jawatankuasa Farmakovigilans Khas.

Manakala Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 pula akan memberikan kelulusan bantuan khas ini berdasarkan keputusan kedua-dua jawatankuasa di atas.

So, macam mana? Korang rasa lebih selamat tak?

 

Baca: Bekas Pesakit Covid-19 Perlu Ambil Vaksin Atau Tidak? Ini Yang Perlu Korang Tahu!

Screenshot 2021 03 23 At 11.18.05 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.