Seorang pengguna media sosial mendakwa ada penggunaan tulisan Cina pada kad janji temu klinik kesihatan.
Menerusi video yang dimuat naik itu, dipaparkan kad janji temu pesakit tertera dalam tulisan Cina dan dipercayai kejadian itu berlaku di Klinik Kesihatan Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Perkongsian itu meraih perhatian ramai kerana kad janji temu pesakit kebiasaannya menggunakan bahasa Melayu kerana ia di bawah perkhidmatan kerajaan.
KKM akan ambil tindakan
Susulan isu itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi respon bahawa pihaknya sedang menyemak serta akan mengambil tindakan terhadap dakwaan terbabit.
“Terima kasih kerana mengetengahkan isu ini, pihak kami sedang menyemak dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata KKM ringkas di laman Threads.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Tak perlu panik” – KKM Jelaskan Isu Virus Kapal Persiaran, Dedah Status Terkini 2 Kru Singapura
Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Papan Tanda Hotel Di Sabah Guna Bahasa Asing, Pihak Hotel Tampil Beri Respon
Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan ia bukanlah isu besar dan tidak perlu dipolitikkan kerana kad janji temu tersebut ada juga dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sumber: Threads
