in

Makcik Gelang Pink Langgar Arahan Kuarantin Kena Penjara Sehari, Denda RM8,000!

Gelang Pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat daripada kedegilannya melanggar arahan kuarantin, ‘makcik gelang pink’ yang viral di media sosial tempoh hari telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini dan dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM8,000.

Menurut Harian Metro, tertuduh, Nur Emah Mohamad Hashim, 72, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan majistret Nabihah Mohd Noor.


Langgar

Pada 21 Julai lalu, foto seorang wanita yang dipercayai melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Lepak Makan Dengan Gelang Kuarantin Di Tangan Tindakan Wanita Ini Cetus Kerisauan Di Kalangan Netizen

Wanita tersebut dilihat sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Raya, Ipoh jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau berada di bawah perintah kuarantin COVID 19.

Baca: “Tak fikir periuk nasi orang lain” – Gara-gara ‘Makcik Gelang Pink’, 100 Peniaga di Bandar Meru Raya Terjejas Pendapatan

Covidiot

Sumber: Twitter
Sumber: Buzzkini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.