Buat peminat makanan Jepun, sudah tentu anda sering makan susyi di restoran. Saiz susyi memang kecil namun tahukah anda ada susyi yang dihidangkan dengan saiz yang sangat kecil kerana diperbuat dengan sebutir nasi sahaja?
Memetik laporan Oddity Central, restoran Sushiya no Nohanchi di Tokyo telah mencuri perhatian ramai kerana ia telah menghidangkan susyi mini tersebut.
Susyi paling kecil di dunia itu diperbuat dengan menggunakan sebutir nasi dan dihias dengan topping ikan atau telur yang dihiris nipis dan kecil beserta nori (rumpai laut kering).
Artikel Berkaitan: “Dahaga ‘attention’ ke?” – [VIDEO] Restoran Sushi Tempatan Dikecam Sebab Buat Iklan ‘Racist’?
Artikel Berkaitan: Dakwa Sushi Pasar Malam Tak Segar & Tak Sedap, Kenyataan Ini Undang Perdebatan Ramai
Walaupun kecil dan hanya menggunakan sebutir nasi serta topping yang kecil, namun pembuatan susyi itu lebih sukar daripada susyi saiz biasa yang sering kita makan.
Ini kerana apabila saiz makanan itu kecil, cef memerlukan kesabaran yang tinggi untuk meletakkan topping susyi di atas sebutir nasi tadi.
Idea susyi paling kecil itu terjadi apabila pada tahun 2002 seorang pelanggan bertanya kepada cef di restoran itu, seberapa kecil susyi yang beliau boleh buat.
Beliau kemudiannya menjawab ‘sebesar saiz sebutir nasi”.
Namun, difahamkan, pelanggan hanya boleh menikmati atau mencuba susyi kecil itu secara percuma jika mereka memesan susyi bersaiz normal.
Sumber: Oddity Central