in

“Dahaga ‘attention’ ke?” – [VIDEO] Restoran Sushi Tempatan Dikecam Sebab Buat Iklan ‘Racist’?

Ceo Batu Sushi

Sudah masuk tahun 2022 ini, mungkin ramai yang sudah sedar tentang tatacara yang betul ketika memuat naik sebarang content di media sosial.

Sebagai pengguna internet yang bijak, anda tidak seharusnya menyentuh apa-apa sensitiviti baik mengenai agama ataupun bangsa.

Pun begitu, sejak semalam tular sebuah video di laman sosial Twitter, apabila sebuah kedai makanan Jepun menggunakan influencer yang dikenali sebagai CEO Batu untuk mempromosi rangkaian restoran mereka di Pulau Pinang.

Apa yang membuatkan netizen kurang berpuas hati apabila pada awal video tersebut dilihat influencer seakan tidak menghormati bahasa Jepun, malah CEO Batu turut meletakkan cellophane tape pada matanya supaya kelihatan sepet.

Ramai netizen yang merasakan perkara itu ironik kerana restoran itu menjual makanan Jepun tetapi tidak menghormati negara tersebut dan tidak kurang juga netizen mengatakan iklan tersebut kelihatan agak menggelikan.

Ceobatu

Untuk pengetahuan, CEO Batu merupakan salah seorang influencer travel yang mempunyai pengikut seramai 1.4 juta di TikTok dan 168k di Instagram.

Semoga jadi pengajaran…

Baca: Dakwa Sushi Pasar Malam Tak Segar & Tak Sedap, Kenyataan Ini Undang Perdebatan Ramai

Cats 20