in

Dakwa Sushi Pasar Malam Tak Segar & Tak Sedap, Kenyataan Ini Undang Perdebatan Ramai

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasar malam adalah syurga buat penggemar makanan jalanan. Banyak makanan dan minuman yang sedap dijual pada harga yang murah serta berpatutan.


Tambahan pula peniaga sekarang semakin kreatif, pasar malam kini menjual pelbagai makanan yang sukar didapati di jalanan seperti sushi, shawarma dan khunafa. 

Suhsi pasar malam tak sedap

Baru-baru ini, seorang individu ada memuat naik satu ciapan di Twitter berkenaan sushi yang dijual di pasar malam. Menurut individu ini, kebanyakan sushi di situ tidak sedap dan tidak segar atas pelbagai faktor.

Capture 1 11

Sambungnya lagi, sushi yang dijual di pasar malam terdedah kepada bahang api gerai sate di sebelah dan lampu gerai yang panas. Tidak cukup dengan itu, sushi di situ juga terdedah kepada manusia yang lalu-lalang di pasar malam, membuatkan makanan itu menjadi kurang segar.

Ciapan gadis ini ternyata mendapat pelbagai reaksi warganet. Sesetengah warganet bersetuju dengan kualiti sushi pasar malam yang agak teruk, namun ada juga yang mempertahankan sushi pasar malam kerana harganya yang murah.

Tak semua mampu beli sushi

Menurut seorang individu, ciapan gadis tersebut adalah tidak benar dan tidak menjaga sensitiviti orang lain. Jelasnya, sesetengah orang tidak mampu untuk membeli sushi di kedai ternama seperti Sushi King dan Empire Sushi yang harganya sedikit mahal dan di luar kemampuan golongan ini.

Sebagai pilihan alternatif, golongan ini akan mencari sushi yang dijual dengan harga yang murah seperti di pasar malam untuk menikmati rasa sushi seperti orang lain.

Dd

Sushi sebenarnya makanan jalanan

Jelas seorang individu, sushi sebenarnya dijual di pasar ikan, pesta keramaian dan gerai-gerai di tepi jalan semasa zaman dahulu di Jepun.

Jh

Ia adalah sebagai salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat ikan buat rakyat Jepun yang berjalan jauh. Jadi, sushi tidak sepatutnya dikategorikan sebagai makanan yang premium dan hanya untuk orang berada.

Bagaimanapun, ini semua bergantung kepada citarasa pelanggan itu sendiri. Namun, kita tidak seharusnya mengeji makanan yang tidak disukai, kerana mungkin makanan itu menjadi kegemaran buat golongan lain.

Siapa pernah beli sushi pasar malam? Sedap tak?

BACA: Restoran Sushi Di Jepun Pakai Khidmat ‘Abang Sado’ Untuk Tarik Pelanggan

Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.