in

‘Influencer’ Sepetkan Mata Guna Salotep Untuk ‘Promote’ Restoran, Nippon Sushi Minta Maaf

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak dinafikan, sekarang ini ramai perniagaan lebih-lebih lagi restoran yang gunakan khidmat influencer untuk promosikan kedai mereka.


Macam baru-baru ini, satu restoran sushi lokal  telah menerima kecaman dari netizen selepas mereka mempromosikan iklan kolaborasi bersama seorang selebriti media sosial “Ceo Batu”.

Video promosi tersebut mendapat kecaman dan dianggap racist selepas Ceo Batu dilihat telah mengajuk perkataan Jepun dan menggunakan salotep untuk sepetkan mata.

Ekoran dari ini, semalam pihak Nippon Sushi telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf mengenai video tersebut dan mengakui telah terlepas pandang.

Penghasilan video tersebut adalah kerjasama pihak kami dengan Ceo Batu dan kami percaya pihak Ceo Batu juga telah tampil secara rasmi untuk meminta maaf dalam isu ini.

Kami telah berkolaborasi dengan ramai individu dan sepanjang 4 tahun kami beroperasi, ini adalah percubaan pertama kami untuk medium TikTok dan keterujaan kami dalam projek menyebabkan kami terlepas pandang isu yang telah dibangkitkan. Kami akui kelemahan daripada pihak kami.”

Nippon Sushi turut berharap agar orang ramai masih boleh memberikan sokongan kepada jenamanya itu.

Untuk pengetahuan korang, video tersebut telah pun dipadamkan oleh akaun rasmi Nippon Sushi selepas banyak kecaman diterima dari netizen.

Harapnya perkara ini dapat dijadikan pengajaran kepada influencers dan syarikat-syarikat lain untuk lebih berhati-hati dengan konten yang dipilih.

 

Baca: “Dahaga ‘attention’ ke?” – [VIDEO] Restoran Sushi Tempatan Dikecam Sebab Buat Iklan ‘Racist’?

Ceo Batu Sushi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.