in

“Kenapa perlu mengemis di Twitter?” – Kawan Patahkan Laptop Secara Tak Sengaja, Pelajar Ni Kena Kecam Sebab Minta Derma Kat Netizen

Llll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang student, perkara yang paling yang korang kena ada pastilah laptop sebab tanpa laptop ni korang tak boleh buat assignment dan research yang berkaitan dengan subjek yang korang belajar.


Kalau laptop korang tiba-tiba rosak ataupun hilang, mesti dah rasa macam nak tercabut nyawa kan? Bayangkan pulak kalau laptop korang patah macam kat bawah ni angkara rakan serumah korang… Aiyooo tension dibuatnya kan! 

 

“Gais help laptop kawan aku patah sebab terhimpap… anggar repair RM830” 

Menurut perkongsian netizen bernama Ain di Twitter, laptop Lenovo milik kawannya ni rosak gara-gara angkara seorang kawan lain yang terhimpap ke atasnya. Bila dibawa ke kedai, dorang kena bayar RM830 untuk repair laptop tersebut. Uish mahal! 

Disebabkan dorang ni masih lagi pelajar, memang ‘kering’ lah kan nak RM830 tu. Mana nak cari duit sebanyak tu kan? So dorang pun nak mintalah bantuan netizen.

Laptop 1

Efkh3F U0Aaf6Pl

Efkh3Gbvuaapwwl

Efkh3Gduuaaolfk

Efkh3Gmu8Aagoya

Laptop 2
sumber: twitter

 

“Kawan i yang clumsy ni guling-guling… tetiba badan tak boleh balance pastu terjatuh atas laptop!” 

Rosak
sumber: twitter

 

“Senangnya nak mintak duit dekat orang, orang yang miskin pun pandai berusaha cari duit” 

Disebabkan tweet Ain yang meminta bantuan tu, tak pasal-pasal pula dia dan kawannya kena kecam sebab ramai yang anggap mereka ni nak selesaikan masalah dengan cara mudah. Yelah kan minta derma aje dari netizen, macam tak ada effort pulak. 

Money
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, ada yang baik hati suggest macam-macam cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ada yang siap suggest kedai murahlah, beli laptop secondhand yang lebih murahlah kan. Kesian pulak sebab masih student. 

Baik
sumber: twitter

 

“Please tell your friends to own up to their own mistakes. Kalau parents marah, hadap lah” 

Macam manapun, ada di kalangan netizen yang minta budak-budak tersebut terus bagitahu masalah ni kepada parents masing-masing. Yang rosakkan laptop kawan tu patutnya bertanggungjawab dan berusaha bayar ganti rugi.

Payah
sumber: twitter

Pun begitu, rakan Ain yang telah mematahkan laptop tersebut menjelaskan bahawa dia telah pun meminta maaf kepada sahabatnya dan memberitahu hal ini kepada ibu bapanya.

Kiranya kes dah settle lah lepas parents dia kasi duit suruh ganti laptop baru kat kawannya.

Tanggungjawab 1
sumber: twitter

Apa-apapun min rasa netizen salah anggap ni dengan maksud yang cuba disampaikan gadis tersebut. Bantu tak semestinya dari segi kewangan. Boleh juga beri nasihat dan suggestion yang baik untuk selesai masalah. 

Baca: “Dalam bank dia ada RM220” – Kes Bertumbuk di Plaza Tol, Tak Ada Duit Nak Bayar Denda Polis, Isteri Minta Derma

Rayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.