in

“Dalam bank dia ada RM220” – Kes Bertumbuk di Plaza Tol, Tak Ada Duit Nak Bayar Denda Polis, Isteri Minta Derma

Tumbok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam kecoh video viral dua lelaki sedang bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara, pagi ini pula viral posting isteri kepada pemandu van Hiace meminta derma akibat daripada perbuatan suaminya tempoh hari.


Menerusi perkongsian netizen di Twitter, status Facebook isteri pemandu van Hiace itu memberitahu yang suaminya kini telah disiasat polis dan dijatuhkan hukum denda berjumlah RM1,000. 

41568806872 Gaduh
sumber: astro awani

 

“Dengan rendah diri saya buangkan rasa malu dan ego… SAYA MERAYU DAN MEMOHON bantuan” 

Disebabkan nilai RM1,000 tersebut terlalu banyak untuk ditanggung, wanita terbabit memohon derma daripada orang ramai untuk membantunya membayar denda yang dikenakan atas Kanun Keseksaan 160. 

Gagal membayar denda ini bermakna suaminya akan dikenakan hukuman penjara 6 bulan. Allahu… min tak tahu lah nak cakap. Sudahlah ada anak 4 orang. 

Ee0Sfw8U4Aaaouw
sumber: twitter

 

“Simpanan saya masih tidak cukup RM780” 

Ee0Sglvu4Aa0Gmf
sumber: twitter

 

“Dah tahu takde duit, jangan buat benda bodoh boleh tak?” – Netizen 

Rata-rata netizen di Twitter yang membaca posting ni nampaknya telah meletakkan kesalahan itu kembali kepada si pemandu van tersebut yang pada awalnya telah memulakan pergaduhan itu.

Kalau dia awal-awal tak berhentikan kereta dan ajak bertumbuk, mungkin tak adalah sampai kena bayar denda macam ni kan? Haih…

Salah 1
sumber: twitter

 

“Kesian tapi nasi dah jadi bubur”

Cian
sumber: twitter

Walau apa pun pendapat kita mengenai isu ni, admin rasa eloklah kalau kita doakan semoga urusannya dipermudahkan. Harap pemandu ni ambil ujian tersebut sebagai iktibar dalam hidup. 

Baca: “Patutnya wife tenangkan, ni dia api-apikan pulak” – Video Dua Lelaki ‘Bertomoi’ di Plaza Tol Gara-gara Tak Puas Hati Atas Jalan Raya

Gilo Gaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.