in

“Kenapa kejam sangat…” – Lagi Kes Bunuh Kucing Dalam Mesin Basuh Dobi!

Geram dan luluh hati netizen apabila mendengar perbuatan zalim ini. Manakan tidak, jika seseorang itu bukan pencinta kucing sekalipun, ikhsan terhadap haiwan masih ada kan?  Selang 10 bulan, selepas kes bunuh kucing dalam mesin basuh, tular kes terbaharu melibatkan cara sama di Kepong, Kuala Lumpur. Haih.. 

Pada kali ini, tindakan kejam itu melibatkan 3 kucing jalanan dengan cara yang sama iaitu menyumbat kucing berkenaan ke mesin basuh layan diri. Tindakan ‘tak waras’ ini berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup yang ada pada dobi berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun berhubung kejadian berkenaan.

“Wanita itu memaklumkan, dia datang ke dobi tersebut untuk mencuci pakaian dan mendapati tiga ekor kucing sudah mati di dalam mesin basuh yang berasingan di premis berkenaan,”

Arifai berkata, hasil siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah memasukkan tiga ekor kucing di dalam mesin basuh tersebut pada jam 5.30 pagi.

“Siasatan lanjut dirujuk kepada Pejabat Veterinar Shah Alam untuk tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Rakaman CCTV kejadian itu turut viral di media sosial dan menerima kecaman warganet yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa.

Sebelum ini, seorang pemandu teksi berusia 42 tahun dipenjara selama dua tahun berhubung tindakan membunuh kucing bunting dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri di Gombak, Selangor pada September 2019.

 

Baca:‘Comel! Kucing Buat Mennequin Challenge’ -[Video] Kucing ‘Freeze’ Menghiburkan Netizen, Rupa-rupanya…

Sumber: Awani