in

“Kenapa Corona tu muka senyum” -Unik! Polis Bolivia Pakai Kostum Covid-19 Untuk Nak Sedarkan Rakyat

Untitled Design 2 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini bilangan keseluruhan kes positif covid-19 di seluruh dunia sudah mencapai kira-kira 2,558,962 kes, menerusi laporan worldometer dengan Amerika Syarikat berada di tempat pertama.

Oleh itu, banyak negara yang sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan tampil dengan pelbagai idea kreatif untuk memberi kesedaran pada rakyat mereka .


Di Bolivia, anggota polis di sana telah ambil inisiatif mengenakan kostum coronavirus untuk memperingatkan rakyat di sana supaya berhati-hati dengan wabak berbahaya tersebut, lapor Mirror.

X2 1

Menurut sumber, anggota polis yang memakai kostum ini akan berjalan-jalan di Ibu kota Bolivia, La Paz sambil mengikut rentak lagu dan berbual dengan rakyat.

Kostum yang berwarna terang dengan senyuman yang ‘mengancam’ itu akan mendekati masyarakat yang masih berlegar-legar di kawasan bandar.

Walaupun ada yang melihatkan seperti gurauan, namun  Polis Bolivia harap visual kostum tersebut akan memberi kesedaran pada rakyat Bolivia betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan ‘social distancing‘ sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.

X3 1

Turut difahamkan, di Bolivia hanya 1 orang sahaja daripada ahli keluarga dibenarkan keluar. Masa mereka untuk membeli barang dapur adalah dari jam 7 pagi hingga ke 12 tengah hari, selepas waktu itu semua kedai akan ditutup.

Hari ini, di Bolivia melaporkan sebanyak 620 kes positif dengan 40 kes kematian.

Korang boleh tengok video macam mana situasi anggota polis ni kat sini.

Dorang ada kostum coronavirus, kita kostum super hero. 

 

Baca: “Confirm anak aku tak bagi runner ni balik” – Lelaki Hiburkan Customer Waktu COD Dengan Pakai Kostum ‘Super Hero’

Capture 20200422 155151 Crop

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.