in

“Confirm anak aku tak bagi runner ni balik” – Lelaki Hiburkan Customer Waktu COD Dengan Pakai Kostum ‘Super Hero’

Combine Super

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini perkhidmatan runner dan rider makanan sering digunakan untuk menghantar makanan apatah lagi sekarang ni orang ramai dinasihatkan untuk tetap berada di rumah bagi mengelakkan diri daripada berjangkit virus Covid-19.


Bukan itu sahaja, sesetengah individu juga turut menggunakan perkhidmatan ini untuk membeli barang keperluan harian.

Hal ini terbukti dimana seorang lelaki mengambil inisiatif untuk membuat perkhidmatan runner secara cash on delivery (COD) untuk menghantar barang-barang keperluan kepada customer. 

Apa yang menariknya, lelaki ini mengenakan kostum ‘super hero’ agar customer berpuas hati dengan perkhidmatannya sekaligus dapat menghiburkan customer yang bosan ketika berada di rumah, lapor Harian Metro.

Kamen

Lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fakri Rabys, 35 mencari pendapatan sampingan sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghantar barang keperluan asas di sekitar Kota Bharu.

Menurutnya, dia sebenarnya seorang pengusaha kedai makan namun kedai itu ditutup ekoran daripada PKP yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Dalam tempoh PKP ini, muncul idea untuk dia membuat perkhidmatan COD barang keperluan seperti beras, telur, sayur-sayuran dan barang basah kepada pelanggan.

Kamen 2

Dia memiliki lebih 25 kostum ‘super hero’ seperti Spiderman, Batman, Splash, Black Panther dan Bumblebee Transformers. Oleh itu, dia ingin membuat kelainan sedikit dengan memakai sut ‘super hero’ berkenaan waktu COD barang dan akan menukar sut ‘super hero’ itu setiap hari.

Kamen 1

Rata-rata netizen turut menyokong usaha lelaki itu dengan memakai sut ‘super hero’ berkenaan  untuk menghiburkan pelanggannya yang bosan ketika berada di rumah.

Syabas bro!

Fb1 1

Mantull

Fb2 2

Baca : “Bukti runner kita bukan biashe-biashe” – Abang Rider Main Piano Seround Dua Sementara Tunggu Customer 

Rider 1

 

Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Fcaebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.