in

Kenapa Ada Tarian Gelek LGBT?

Page Nari 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, tarian yang tak senonoh ditambah dengan pakaian menjolok mata adalah perkara yang tak enak untuk dipandang dan pastinya mendapat kecaman ramai.

Baru-baru ni, sebuah video tarian gelek yang menampilkan penari berpakaian seksi sempena majlis kutipan dana Tabung Harapan dah viral di media sosial.


Th1
sumber: instagram

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam yang menjadi pencabar Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Sungai Kandis bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di situ turut meminta penjelasan daripada beliau yang juga Pengetua Maahad Tahfiz, lapor mStar.

Penjelasan yang diminta melalui Instagram itu, meminta Zawawi untuk memberikan penjelasan mengenai pendiriannya terhadap keputusan Pakatan Harapan (PH) memanggil “tarian gelek LGBT” bagi mengutip dana untuk Tabung Harapan Malaysia.

https://www.instagram.com/p/BlqLzuSAUhO/?hl=en&taken-by=lokmanadam

Bukan itu je, Zawawi juga terpalit dengan isu ini selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa tarian tersebut “tidak haram kerana niat baik”. Namun, ternyata ianya adalah fitnah semata-mata.

U 1
sumber: mstar

Zawawi menafikan bahawa PH terlibat dalam penganjuran majlis kutipan derma itu sebaliknya menjelaskan ia dilancarkan oleh pihak ketiga iaitu badan bukan kerajaan (NGO).

“Ada pihak yang cuba memfitnah saya. Saya tidak pernah setuju aktiviti seperti tarian gelek itu diadakan bagi tujuan mengutip derma.”

“Saya menolak politik fitnah diamalkan di negara ini.”

Selain itu, beliau turut berpandangan bahawa acara seperti itu tidak wajar dipopularkan kerana ia tidak sihat untuk pembangunan sahsiah dan moral rakyat Malaysia.

Siapalah yang buat majlis dan memfitnah Zawawi cakap macam tu..

Baca: “Bercampur baur maksiat dan agama!” – Netizen Selar Majlis Ilmu Dicemari Tarian Gadis Seksi

Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.