in

Kenali Aceredo, ‘Bandar Hantu’ Yang Muncul Semula Selepas Hampir 30 Tahun Menghilang

1Bandar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemunculan semula sebuah ‘bandar hantu’ selepas hampir 30 tahun menghilang mengundang rasa sebak kepada orang ramai yang melihatnya. Bandar Aceredo, di Sepanyol yang tenggelam dalam empangan muncul kembali selepas kawasan itu mengalami kemarau selama dua bulan.

Screenshot 2022 02 19 At 9.46.57 Am

Menurut laporan CNN, runtuhan bandar Aceredo itu timbul semula selepas musim kemarau melanda kawasan itu yang menyaksikan hujan tidak turun selama dua bulan berturut-turut. Keadaan kering dan panas berpanjangan itu telah membawa runtuhan bandar itu kembali ke permukaan.Screenshot 2022 02 19 At 9.46.46 AmScreenshot 2022 02 19 At 9.47.25 Am

Pemandangan Aceredo sekali lagi menggamit kenangan dan menusuk jiwa-jiwa penduduk setempat. Walaupun ditenggelami dengan air sejak sekian lama, struktur bangunan itu masih teguh berdiri dan hal ini cukup menyentuh perasaan penduduk yang pernah menetap di sana.Screenshot 2022 02 19 At 9.47.07 AmScreenshot 2022 02 19 At 9.47.16 Am

Kemunculan bandar hantu Aceredo ini juga merupakan rahmat bagi sektor pelancongan yang dilanda teruk oleh pandemik Covid-19. Selepas kemunculan semula, bandar ini menjadi tempat baharu tumpuan pelancong untuk melihat sendiri keadaannya. Pemandangan runtuhan kota itu terdedah disebabkan kemarau yang melanda dan pelancong juga boleh melihat bandar yang pernah maju pada masa lalu.


Baca: Pengkaji Iklim Anggar Paras Air Laut Naik Sehingga 2 Meter Menjelang 2050

Screenshot 2022 02 19 At 9.49.52 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.