in

Kenal Tak Sampai 2 Jam, Warga Thailand Ini Sanggup ‘Korbankan’ Geran Rumah Semata-mata Nak Jamin Pak Cik Ni

Gadai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi kes orang ‘terperangkap’ di Thailand, kali ini kes apabila sepasang suami isteri yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian berlaku.


Disebabkan itu, Abd Wahab Yahaya, dan isterinya, Junaidah Muhammad Said didapati bersalah dan ditahan di mahkamah ketika sedang bercuti di Thailand. Lebih perit lagi, percutian yang sepatutnya menjadi hari indah pasangan ini menjadi tragis apabila apabila…

 

Mungkin terpaksa jual rumah untuk bayar pampasan RM 200,000.

49110309 1961370277249311 1373634157346816000 N
Sumber : facebook

Menerusi Harian Metro, pasangan ini dikatakan bertembung dengan pejalan kaki ketika menunggang motosikal di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand. Disebabkan itu, pejalan kaki meninggal dunia.

Mengikut undang-undang di negara tersebut, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki.

Berdasarkan laporan polis, Abd Wahab dipersalahkan kerana menjadi penyebab utama kematian. Keluarga warga Thailand yang meninggal dunia itu menuntut sebanyak RM 200,000.

Buntu dengan nasib yang menimpa pada nasib mereka sekeluarga, mereka mungkin akan menjual rumahnya di Rawang, Selangor.

Abd Wahab ditahan sementara isterinya dibenarkan pulang ke Malaysia. Bagaimanapun dia telah diikat jamin oleh seorang hamba Allah yang berhati mulia.

 

Penjamin yang tak dikenali sanggup gadai tanah untuk bantu 

49279453 2069811886398472 2325500494706900992 N
Sumber : facebook

Menerusi perkongsian daripada seorang Travel Advisor yang melawat Abd Wahab di Krabi, Abd Wahab telah diikat jamin sebanyak RM120k Thai Bhat (RM 15,463.20) oleh seorang warga Thailand.

Lebih terharu lagi, apabila warga Thailand tersebut sanggup ‘korbankan’ geran tanahnya untuk bantu Abd Wahab yang baru sahaja kenal tak sampai 2 jam.

“Menurut En,Wahab beliau di ikat jamin sebanyak 120k Thai Bhat & perlu ada jaminan orang tempatan thai utk letakkan geran tanah atau rumah sebagai jaminan beliau daripada pihak makamah sekiranya di ikat jamin duit sahaja tidak lagi memenuhi syarat tersebut.

Di sebalik cerita tersebut, yang saya paling menyentuh hati adalah ada orang thailand yg baru kenal x sampai 2 jam sanggup menggadaikan tanah kepada En,Wahab sebagai jaminan beliau.

Kalau di ikutkan hamba Allah tersebut tiada apa-apa kaitan persaudaraan pun dgn en, Wahab tetapi dia sanggup buat begitu kalau dia tak bagi geran tanah tersebut En. Wahab akan ditahan di dalam lokap thailand di Krabi, . – Yied Farid

 Mulia betul hati dia ni, semoga Allah murahkan rezekinya.

 

Hj. Ismail (kiri),warga Thailand yang jamin Abd Wahab

49351527 2073638422682485 6248560538117210112 N
Sumber : facebook

Kalau ikutkan siapa je berani nak buat macam tu? Tak ada tali persaudaraan kenal pun tak sampai 2 jam, tapi sanggup dia bantu. Itulah kalauTuhan nak bagi petunjuk pasti ada jalannya kan?

Dalam kes ini usahlah kita nak menilai serta cepat jatuh hukum dan mudah sangat nak boikot Thailand, memang ada berlaku perselisihan namun begitu ada juga terjadikan satu keajaiban.

Masih ada orang yang berhati mulia.  Sama-sama kita doakan kes pak cik Wahab ini diringankan dan dipermudahkan

 

Baca : “Adib mangsa keadaan” – Pemandu Pelancong Ini Ditangkap & Dipenjara Di Thailand Pada Hari Pertama Kerja, Tagih Bantuan RM51K

Adibpelancong5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.