Selain kereta, ramai juga orang Malaysia yang lagi prefer berjalan naik bas ekspres lebih-lebih lagi kalau nak pulang ke kampung atau ke kampus masing-masing.
Sebabkan kos yang lebih rendah dan condition lebuhraya yang tiptop, tak terkejut la kalau permintaan terhadap bas ekspres ni sentiasa ada setiap hari.
Masalahnya ada pula pihak tak bertanggungjawab yang nak ambil kesempatan menerusi harga tiket bas dijual!
Beli lain, dapat bas lain
Di Twitter, netizen mendedahkan pengalaman seorang pengguna yang membeli tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Pulau Pinang menaiki bas ekspres Billion Star Express.
Tapi apa yang buatkan dia terkejut ialah bas yang tiba adalah bas Etika Express yang jauh lebih murah dengan kondisi tak memuaskan.
Lebih menyakitkan hati, harga yang dibayar pula berbeza-beza antara penumpang.
Waaaa..beza RM20 tu!
Bukan silap pihak TBS
Menurut pengadu, pembelian tiket dibuat dari TBS tapi follower lain dakwa ni bukan silap pihak TBS tapi syarikat bas tu sendiri.
Dan syarikat ni memang terkenal antara syarikat dengan ranking terburuk? Oopss!
Ramai dah terkena
Ini bukanlah pertama kali syarikat bas ni buat hal rupa-rupanya.
Ramai lagi yang mengadu pernah terkena dan terkilan dengan syarikat ni. Siap ada yang kena turun bas bila dah separuh perjalanan, dan tukar naik bas lain.
Teruk betul perangai! Bayar mahal-mahal kalau dapat servis macam ni memang boleh buat orang mengamuk.
Walaupun dah ada aduan dibuat kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, nampak gayanya tak ada apa-apa tindakan pun.
Harap-harap pihak Kementerian Pengangkutan dapat buat sesuatulah. Takkan nak rakyat nak terus ditipu dengan syarikat kapitalis macam ni?
Baca: Dahlah Kena Game Dengan Bas Ekspres, Lepas Tu Kena Tumbuk Pulak