in

“Kena ajar budak tu” – Ibu Panik Leher Dikunci Anak Dengan Kunci Basikal, ‘Password’ Lupa Pulak!

Kunci Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal bulan Oktober lalu, satu rakaman video tular di internet memaparkan seorang wanita dengan kunci basikal tergantung di lehernya. Insiden terbabit difahamkan berlaku di daerah Jiangsu, China.



China E1634371218645

Memetik laporan Oddity Central, ibu muda yang tidak didedahkan identitinya itu telah datang sendiri ke sebuah balai polis tempatan dan meminta bantuan bagi menanggalkan kunci basikal yang berada di lehernya. Katanya, leher wanita itu telah dikunci anaknya sendiri.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, ibu terbabit sedang membersihkan tandas di kediamannya, manakala, anak lelakinya yang berusia 4 tahun sedang bermain dengan kunci basikal berkenaan disebelahnya. Secara tiba-tiba, anaknya itu memakaikan kunci basikal itu di leher ibunya dan mengunci alat terbabit.

“Pada mulanya saya rasa ia kelakar tapi saya tak risau sebab kunci tu saya yang punya dan saya tahu passwordnya,” kata ibu itu.

Walau bagaimanapun, sangkaan si ibu meleset selepas dia menyedari anaknya sudah menukar password kunci basikal terbabit semasa sedang bermain-main. Mengeruhkan lagi keadaan apabila kanak-kanak itu terlupa password baru yang telah ditetapkannya.

Sddefault E1634371245203

Panik dengan insiden yang menimpanya itu, wanita terbabit segera ke balai polis bagi mendapatkan bantuan. Pasukan bomba kemudiannya dipanggil ke lokasi dan alat itu akhirnya berjaya dibuka dengan menggunakan pemotong wayar.

Meskipun lega lehernya sudah bebas dan tiada kecederaan lain dilaporkan, insiden terbabit mendapat perhatian ramai yang mengatakan anak wanita itu sepatutnya diajar betul-betul untuk menghormati batas pergaulan dengan ibunya. Malah, pasukan bomba yang membantu memotong kunci basikal berkenaan juga menawarkan diri mahu membantu si ibu bagi mendisiplinkan anaknya.

Sumber: Oddity Central

Baca: Dua Budak Lelaki Dirakam Pecahkan Kunci oBike Dengan Tukul Sebelum Tunggang

22 E1634370470146

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.