in

“Kena ada adab untuk tunjuk tak setuju” – Netizen Anggap Harith Iskander ‘Troll’ Prof Muhaya Keterlaluan?

Hi2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad berhubung dengan pendapat dan kenyataan berkenaan dengan soal jodoh untuk kaum wanita telah mendapat perhatian sehingga kini sampaikan ada beberapa pihak bersuara dan kurang senang dengan kenyataannya itu.


Kenyataan “biar bodoh-bodoh sikit”, “check balik character” itu yang menjadi punca utama rasa kurang senang netizen.

Malah, ada juga yang membuat lawak sinis dengan kata-katanya itu termasuklah pelakon komedi dan pelawak, Harith Iskander.

 

‘Troll’ Dr Muhaya?

Terbaru menerusi Facebook miliknya, Harith ada memuat naik foto Dr Muhaya dan diiringi dengan kata-katanya sebagai meme sambil memberikan caption:

“Kepada semua kaum wanita yang nak tahu nilai dan kebahagiaan hidup – anda hanya perlu percaya dengan pegangan “buat bodoh-bodoh”.

Manakala yang lain pula?

Pergi mencari kekuatan sebenar. Anda mungkin rasa tak bahagia dan hidup rasa tak berbaloi tapi siapa tahu..anda mungkin boleh jadi Professor/Dr?”

Hi

Status itu telah meraih sebanyak lebih daripada 240 perkongsian dalam masa 5 jam ia dimuat naik. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang masih marah dengan kata-katanya itu turut menyokong dengan apa yang dikatakan.

Namun begitu, majoriti mula rasa kurang senang dengan kenyataan Harith ini yang seolah-olah tiada usul periksa terhadap maksud yang diberikan dan mereka juga labelkan kelakuan Harith ini sebagai buli siber.

 

This is cyberbully and unacceptable – Netizen

Malah ada juga netizen yang mula perasan bahawa dirinya terlalu mudah ‘bahan’ seseorang jikalau isu itu berkaitan dengan orang melayu.

Disamping itu, ramai juga yang memberikan penjelasan bahawa yang Dr Muhaya katakan itu adalah satu metafora untuk merendah diri jika wanita itu terlalu berjaya.

Image From Ios 14 Image From Ios 13 Image From Ios 12 Image From Ios 10 Image From Ios 9 Image From Ios 8 Image From Ios 7 Image From Ios 6

Image From Ios 4

 

Baca : “Bodoh punya deodorant” – Sindir Isu ‘Buy Muslim First’, Harith Iskander Tak Pasal-pasal Kena Kecam!

Harith

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.