in

“Bodoh punya deodorant” – Sindir Isu ‘Buy Muslim First’, Harith Iskander Tak Pasal-pasal Kena Kecam!

Harith

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) sering menjadi sebutan ramai dan katanya telah mendapat sambutan yang memberangsangkan hingga memberi kesan besar kepada peniaga Islam di luar sana.

Pun begitu, ada juga di kalangan masyarakat yang kurang bersetuju dengan kempen ni dan tidak faham apakah tujuan di sebalik kempen mengutamakan produk Muslim ini.


Antara yang menyuarakan sindiran mereka mengenai kempen ini ialah pelawak terkenal, Harith Iskander di laman Twitternya. 

 

“Kenapa sokong Buy Muslim Products Only saja? Macam mana pulak kalau kita ‘Sokong Atlet Muslim Sahaja’?” 

Harith di dalam tweetnya dengan selamba mempersoal tindakan sesetengah Muslim yang menyokong kempen produk Muslim ni dan meminta mereka juga untuk henti menonton semua program sukan yang ada non muslim di dalamnya. Pulak dah! 

 

“Ni jenis tak tau pape tapi cuba nak bash. Tapi salah masuk tingkap. Buy Muslim Product FIRST not ONLY” 

Tweet tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen siap ada yang memperbetulkan Harith mengenai konsep kempen ini. Ia bukan Buy Muslim Only tapi Buy Muslim First! Aiyoo salah sudah… 

Firstlah
sumber: twitter

 

“Lawak jenis apa ni Abang Botak?” 

Ahaha
sumber: twitter

 

“My official comment is no comment” – Harith 

Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, Harith yang disoal wartawan mengenai isu tersebut memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

“Kalau nak cakap mengenai ‘tweet’ saya tu, my official comment is no comment. Ramai dah contact saya. Thanks anyway,” tulisnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Harapnya mana-mana personaliti mahupun selebriti lebih sensitif dalam memberi sebarang komen atau sindiran terhadap apa-apa isu. Bila dah jadi macam ni, memang susah nak explain kat semua orang. 

Baca: “Saya mengaku saya bersalah” – Tuduh Econsave Seri Iskandar Tak Jual Produk Muslim, Individu Tarik Balik Kenyataan Sebab Terbuat ‘Fitnah’

Econ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.