in

Kembali Dari Palestin Ke Tanah Air, Ustaz Ebit Lew Terus Gerakkan Bantuan Walau Masih Kuarantin

3Uel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap mulai Ustaz Ebit Lew yang sering menghulurkan bantuan tak kira bangsa dan agama telah mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.



Ustaz Ebit Lew yang baru pulang daripada misi bantuan ke bumi Palestin semalam terus mengerakkan misi bantuan kepada rakyat Malaysia. Walaupun masih dalam kuarantin kerana baru pulang ke tanah air, beliau terus menyenaraikan pusat bantuan yang boleh dihubungi untuk mendapatkan barangan keperluan dapur menerusi hantaran di akaun Facebook Ebit Lew.

Screenshot 2021 07 04 At 1.01.27 Pm Screenshot 2021 07 04 At 1.01.38 Pm

 

Terima kasih Ustaz!

Rata-rata netizen memberikan pujian kepada usaha Ustaz Ebit Lew yang tak pernah putus semangat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia. Besar dan mulia sungguh hati beliau.

Screenshot 2021 07 04 At 1.07.35 PmAmiinn.. semoga Tuhan sentiasa lindungi orang yang baik hati macam Ustaz Ebit Lew ni. Hulur bantuan tak kira bangsa dan agama.

Screenshot 2021 07 04 At 1.07.55 PmHebat betul UEL ni. Orang biasanya kalau balik dari luar negera mesti nak rehat dulu sekejap. Lain pulak cerita UEL ni, dalam kuarantin pun nak hulurkan bantuan. Hebat!

Screenshot 2021 07 04 At 1.08.04 PmPengajaran yang kita boleh ambil dari sikap UEL ni ialah, kalau kita ikhlas nak berikan bantuan, semua orang sayang kita. Macam UEL selalu cakap, “Allah uji sebab Allah sayang”.

Untuk siapa yang perlukan bantuan barangan dapur, boleh lah hubungi number yang UEL kongsikan tu. Jangan malu untuk minta bantuan, rakyat tak judge.

 

Baca: Wisma Putra Jejak Ustaz Ebit Lew Lepas Senyap Sejak Ke Mesir, Ini Update Terkini UEL

Screenshot 2021 07 04 At 1.09.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.