in

“Kematian seorang legend” – Ramai Bersedih & Susah Nak Terima Kenyataan, Kobe Bryant Maut Helikopter Terhempas

Bye Kobe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu dunia sedang bersedih dengan pemergian seorang legenda sukan bola keranjang dunia, Kobe Bryant atau lebih kerap dipanggil Mamba.


Kobe Bryant, 41, maut selepas helikopter peribadi yang dinaikinya terhempas di Calabasas, California pagi semalam kerana cuaca buruk. Menurut The Sun, lebih menyedihkan anak gadis sulungnya berusia 13 tahun, Gianna juga adalah antara mangsa nahas helikopter itu yang turut dinaiki oleh 7 orang penumpang lain.

K2 1
sumber: business insider
Kobe Gianna
sumber: daily mail

Ketua Sheriff Los Angeles, Alex Villanueva berkata, kesemua lapan penumpang serta juruterbang maut dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu ketika dalam perjalanan ke Mamba Academy untuk perlawanan bola keranjang di mana Gianna dijadualkan beraksi.

Tiada yang terselamat. Terdapat sembilan orang menaiki helikopter. Juruterbang termasuk lapan individu yang lain.”

Crash1
sumber: daily mail

Crash2

Crash4
sumber: the sun

Selain Kobe dan Gianna, jurulatih baseball Orange Coast College, John Altobelli bersama isterinya Kelly dan anak mereka Alyssa juga turut berada di dalam helikopter itu.

Ramai bintang sukan, selebriti serta peminat dari seluruh negara terutamanya di Los Angeles meratapi kematian Kobe. Alicia Keys dan Boyz II Men juga sempat memberi persembahan tribute untuk Kobe ketika anugerah Grammy 2020 yang berlangsung Isnin, 27 Januari (waktu tempatan).

Peminat bola keranjang berkumpul di Mamba Sports Academy untuk memberikan penghormatan terakhir. Kobe mempunyai 4 anak hasil perkahwinannya dengan isteri, Vanessa. 3 lagi anak yang lain bernama, Natalia, Bianca dan Capri.

Kobe Fam
sumber: daily mail
Kumpul1
sumber: abs-cbn news
Kumpul3
sumber: daily mail
Kumpul2
sumber: abs-cbn news

Kobe Bryant adalah bintang bola keranjang yang beraksi untuk pasukan Los Angeles Lakers selama 20 tahun dan telah bersara pada April 2016. Sepanjang kariernya, Kobe telah berjaya menjadi Juara NBA sebanyak lima kali.

Kobe3
sumber: daily mail

Bye Kobe 🙁

Baca: Saleem Iklim Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Saleem

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.