in

“Saya buat perkara betul” – Pekerja Top Glove Kongsi Kisah Dipecat, Lapor Kilang Tak Ikut SOP Hingga Cetus Kluster Teratai

Top Glove

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Selangor kini telah mencatatkan kes COVID 19 tertinggi hampir setiap hari mengalahkan negeri-negeri lain seperti Sabah yang pernah mengalami situasi tersebut hampir beberapa bulan yang lalu.


Salah satu penyebab kepada peningkatan kes ini ialah Kluster Teratai yang dikatakan berpunca daripada pekerja-pekerja kilang di Top Glove.

Menurut Malaysiakini, tidak lama dulu, seorang pekerja bernama Yubaraj Khadka, 27 yang berasal dari Nepal ini pernah menyebarkan gambar mengenai kilang terbabit yang dikatakan tidak mengamalkan penjarakan fizikal di kalangan pekerja yang bertugas di sana. 

Yubaraj

Namun tindakannya bukan disanjung atau diberi penghargaan, tak semena-mena dia dibuang kerja setelah hampir lapan tahun berkhidmat di Top Glove. Uish! 

 

Tak gentar beritahu hal sebenar, kena ‘kaunseling’ 11 jam 

Menurut Yubaraj, dia percaya apa yang dilakukannya itu adalah perkara yang betul dan disebabkan itulah dia ‘tidak gentar’ untuk menceritakan hal sebenar.

Tambahnya lagi, disebabkan perbuatannya menyebarkan gambar tersebut, dia telah diberikan ‘kauseling’ selama 11 jam oleh majikannya.

Mereka juga mengambil telefon saya dari pukul 10 pagi hingga kira-kira jam 9 malam. Mereka meneliti setiap mesej saya,” katanya.

5042C08E1Dbdfd8705402E9842374Eee

Selepas daripada kejadian tersebut, Yubaraj yang bertugas sebagai pembantu kualiti telah diberhentikan kerja pada 23 September 2020 selepas syarikat itu mengecamnya melalui rakaman CCTV.

Dia kemudian pulang ke kampung halaman pada Oktober lepas dan sempat melakukan ujian COVID 19 sebelum berlepas.

 

Tunjuk gambar langgar SOP kepada petugas hak asasi

Tambah Yubaraj lagi, gambar-gambar yang diambilnya itu telah ditunjukkan kepada petugas hak asasi, Andy Hall tentang bagaimana keadaan dan suasana kerja di Top Glove.

Menurutnya, bukan hanya kawasan tempat tinggal pekerja saja yang sesak dan mempunyai sistem pengudaraan yang tidak baik, malah penjarakan fizikal juga tidak dilaksanakan di kilang tersebut sungguhpun ia syarat wajib berikutan wabak tersebut yang sedang mengganas di Malaysia ini.

“Saya tidak tahu mereka akan pecat saya kerana melakukan ini,” katanya.

Selepas berkongsi gambar itu, dia kemudian diberitahu bahawa pekerja Top Glove tidak dibenarkan ambil atau kongsi gambar mengenai tempat kerja kepada sesiapa.

Malaysia Health Workers Ppe Covid 19 20201122203752 Reuters

Menerusi surat berhenti kerja yang ditunjukkan Yubaraj, Top Glove mengklasifikasikan tindakan pekerjanya itu sebagai mengambil gambar ‘tanpa persetujuan terlebih dahulu dari pihak pengurusan’ dan ia salah laku yang membenarkan pemecatannya.

Saya melakukan perkara yang betul. Mereka yang melakukan perkara yang salah,” kata Yubaraj.

 

“Bagus semua orang tahu” 

Sehingga setakat ini, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membuka 19 kertas siasatan ke atas Top Glove kerana tidak mematuhi Akta Standard Minimum, Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Syarikat tersebut kini berjanji untuk memperuntukkan RM170 juta untuk membina asrama baru bagi seramai 21,000 pekerjanya.

Af Topglove 251120

“Bagus semua orang tahu tentang ini sekarang. Sekiranya saya tidak mengadu kepada Andy dan jika tidak ada gambar, orang tidak akan tahu mengenai perkara ini.

“Sekarang sekurang-kurangnya orang mengikuti peraturan jarak fizikal satu meter,” katanya.

Semoga perkara ini dijadikan iktibar buat kita semua untuk terus patuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa. 

Baca: Kematian Pertama Pekerja Top Glove, Pengawal Keselamatan Dilaporkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Ft Topglove

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.