in

Kemaluan Wanita Disumbat Dengan Pelepah Kelapa Selepas Dirogol Dan Dibunuh

Cats 4

Makin lama makin menjadi-jadi kes rogol zaman sekarang. Sudahlah merogol, lepas itu bunuh dengan cara yang kejam pula. Kadangkala tertanya-tanya juga mana hilangnya sifat kemanusiaan seseorang itu?

Kes yang sama turut berlaku kepada seorang gadis bernama Stevi Kogo apabila dirinya ditemui maut akibat menjadi mangsa pembunuhan kejam dan kekerasan seksual oleh sekumpulan lelaki.

Pelepah
sumber: malaysian digest

Menurut Malaysian Digest, kejadian yang berlaku di Kampung Pisang Gorong-gorong, Kabupaten Mimika, Wilayah Papua terjadi apabila Stevi menghadiri satu pesta sukaria pada 1 September lalu. Akan tetapi selepas acara tersebut, Stevi dilaporkan terpisah daripada rakan-rakannya yang lain dan tidak diketemui selepas itu.

Pada keesokan harinya, mayat Stevi dijumpai oleh pemilik kebun kelapa di kawasan Gorong-gorong dalam keadaan yang amat ngeri dan memilukan. Badannya penuh dengan luka torehan kaca dengan kaki dan tangannya terikat.

456 1
sumber: mynewshub

Lebih teruk lagi, pembunuh tersebut sempat memacak pelepah kelapa di dalam kemaluan Stevi selepas merogol dan membunuhnya. Ish kejamnya!

Berdasarkan siasatan, pihak polis mengesyaki mangsa telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dengan kejam dan pembunuhan itu telah dilakukan lebih daripada seorang.

Sehingga kini pihak polis sudah pun mengambil keterangan dari 7 orang dan masih belum menangkap mana-mana individu yang menjadi suspek kejadian itu.

Seramnya dengar kes-kes sebegini. Kepada gadis-gadis diluar sana, pastikan anda sentiasa berteman bila anda keluar rumah. Jangan sesekali merayau bersendirian. Maklumlah dunia sekarang kan dah tak selamat…

Baca: 23 Kemaluan Wanita Ditikam Pisau Yang Dilumur Limau Nipas Selepas Dirogol

Capture 10