in

“Ada anjing pengesan sahaja” – Tular Gambar ‘Si Bulus’ Beruniform K-9, Ini Jawapan PDRM

Kucing K9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular sebuah sedutan berita yang memaparkan seekor kucing beruniform unit K-9 polis berada di lokasi kes pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan.

Perkara itu sudah pastinya menarik perhatian ramai netizen, malah timbul juga persoalan sama ada benarkah pasukan polis telah menyerap Si Bulus dalam pasukan carian seperti mana yang digembar-gemburkan dalam media sosial.


Artikel berkaitan: “Masuk guna kabel ke?” –  Kucing ‘K-9’ Curi Tumpuan Netizen Dalam Siasatan Kes Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: Bukan Anjing Je Dalam Unit K-9, Ini 5 Fakta Tentang ‘Polis Kucing’ Yang Korang Confirm Tak Pernah Tahu!

Menurut laporan New Straits Times, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan (JSJ) Datuk Rusdi Mohd Isa bagaimanapun menidakkan adanya kucing pengesan dalam pasukan mereka.

“Kami hanya mempunyai unit anjing penghidu yang dikenali sebagai unit pengesan K9 untuk membantu kerja-kerja polis.

Kami tidak mempunyai sebarang unit kucing, setakat ini,” katanya.

Malah menurut laporan yang sama, difahamkan beliau yang biasanya tegas kedengaran mengeluarkan ketawa kecil dan terkedu sebelum menjawab soalan itu.

Dalam ciapan yang tular itu, ramai juga netizen yang memberitahu uniform itu boleh dibeli secara atas talian di platform-platform jualan.

Kemungkinan besar, kucing tersebut adalah haiwan peliharaan salah seorang penduduk di apartmen yang terletak di Damansara Damai itu.

Aduhai, kucing-kucing…

Sumber: New Straits Times 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.