in

“Keluarga kerap minta duit sejak jadi Youtuber” – Pavithra

Xxx 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, kecoh apabila rumah tangga bintang Youtube, Pavithra dan Sugu yang dilaporkan sedang bergolak. Sugu dilaporkan telah mabuk dan cuba untuk menyerang isterinya.


Untuk menjelaskan isu tersebut, Pavithra telah memuat naik sebuah video baru untuk menjawab persoalan disebalik penangkapan suaminya, M Sugu.

Dengan durasi selama lima minit, video yang bertajuk ‘Inilah sebab menjadi masalah’ meyaksikan wanita berusia 28 tahun itu mendakwa media, wang dan masalah keluarga menjadi punca utama kepada masalah yang dihadapinya pada ketika ini.

Jelas Pavithra, keluarganya tidak pernah menghulurkan bantuan semenjak dia berkahwin dengan Sugu pada tujuh tahun lalu.

“Selepas saya ada duit dan berjaya macam sekarang ini diorang muncul-muncul dan mula pinjam duit dengan suami saya, buat masalah dalam keluarga”

Wanita ini juga menjelaskan bahawa suaminya bukanlah seorang pemabuk seperti yang disangka, namun dia tidak menafikan kelakuan Sugu yang mabuk ketika kejadian tempoh hari.

Ibu kepada dua orang anak itu juga menjelaskan dia kini tidak lagi mempunyai masa untuk masak dan bersama anak-anak selepas pihak media sering mengganggu keluarga mereka.

Di akhir video tersebut, Pavithra ada meminta maaf kerana memadam semua video di saluran Youtube dan berjanji akan memuat naik video baru dalam masa terdekat. 

 

BACA: Tealive Keluarkan Kasut Edisi Terhad, Akan Diberi Secara Percuma Kepada Pelanggan

Xxx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.