Tealive bukanlah satu jenama yang asing lagi buat rakyat Malaysia. Dengan jumlah 200 outlet di serata Malaysia, Tealive boleh dikatakan sebagai jenama nombor satu pilihan penggemar air teh boba.
Semalam, Tealive membuat kejutan dengan memuat naik gambar sebuah kasut Nike Air Force 1 yang direka khas oleh pelukis ilustrasi, Katun.
Istimewanya, kasut ini direka khas dan hanya dikeluarkan sebanyak 10 pasang sahaja buat pemenang bertuah. Lebih menarik, kasut ‘Tealive x Katun’ ini akan diberi secara percuma buat anda yang terpilih!
Kempen ini adalah sempena dengan ePenjana yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini buat rakyat Malaysia yang berdaftar dengan aplikasi MySejahtera.
https://www.instagram.com/p/CDSvotVDEQO/
Untuk menangi peluang mendapatkan kasut unik ini, anda hanya perlu melakukan transaksi minimum bernilai RM13 sebanyak empat kali dalam tempoh 31 Julai 2020 sehingga 30 September 2020. 10 pemenang akan dipilih melalui dua cabutan bertuah oleh pihak Tealive.
Kempen ini dilihat sebagai langkah bijak oleh pihak Tealive yang mahu mendorong agar orang ramai menggunakan kredit e-wallet mereka dengan membeli air Tealive.
BACA: Naik 6kg Dalam Masa Sebulan, Gadis Ini Kongsi Tips Naik Berat Buat Mereka Yang Kurus