in

Bangun-Bangun Nampak Bidadari, Tiga Sekawan Terlelap Di Ruangan Solat Wanita Bikin Netizen Terhibur

Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, jemaah lelaki lebih gemar berada di dalam masjid untuk menghabiskan masa dengan pengisian ilmu dan membaca Al-Quran. Malah, bukanlah sesuatu di luar kebiasaan jika ada yang mengambil masa untuk berehat seketika atau melelapkan mata bagi menungga masuk waktu solat.


Namun begitu, bila tertidur terlalu lama, kadangkala perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Contohnya dalam video di bawah ini:

Artikel berkaitan: Tragedi Aidilfitri, 3 Lelaki Pakistan Maut Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Menunaikan Solat Sunat

Artikel berkaitan: Masjid Wilayah Persekutuan Sediakan Khidmat Jagaan Kanak-kanak Ketika Ramadan, Mudahkan Ibu Bapa Solat Tarawih

Satu video dari negara seberang tular apabila tiga pelajar lelaki terlena di ruangan solat pelajar wanita. Difahamkan, mereka terlena di kawasan tersebut dan apabila sedar daripada tidur, kawasan itu telahpun dipenuhi dengan jemaah wanita.

Mereka tersedar setelah terdengar suara riuh daripada pelajar wanita.

Sudah tentulah, pelajar lelaki berkenaan terkejut melihat ‘jodoh’ mereka berada dihadapan mereka. Seperti mimpi, pelajar lelaki seakan mamai dan beredar dari situ kerana malu dilihat pelajar wanita.

Sedar-sedar jodoh depan mata, mau tak terkejut tengok.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.