Gelagat seorang kanak-kanak lelaki tidur keletihan sambil ternganga mulut menjadi perhatian netizen setelah satu video tular di laman TikTok, beberapa hari lepas.
Melalui video berdurasi 16 saat itu, dipercayai kanak-kanak tersebut terlalu penat ketika menghadiri kelas mengaji.
Bagaimanapun, selain rasa simpati, orang ramai turut berasa geli hati melihat kecomelan kanak-kanak berkenaan. Lebih melucukan, rakannya pula bertindak menyakat rakannya yang sedang tidur itu.
@axamsaidapelah yg die check tuuu♬ original sound – pia ◡̈
Artikel berkaitan: Tempat Tidur Dan Tandas Tiada Dinding, Ramai Terkejut Lihat Bilik Sewa Di China Ini
Artikel berkaitan: Kajian: Ini 22 Pekerjaan Yang Buat Orang Tak Cukup Tidur Setiap Hari
Walau dikejutkan dengan pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya untuk mengejutkan kanak-kanak tersebut. Kesiannya…
“Salah tu dek tolong tutup mulut bukan bukakan mata dia,” kata Aisya.
“Jangan kata budak kecik, aku dah tua pun buat macam ni dekat anak dan laki aku,” kata Garfie.
“Adik ni penat sangat mengaji, baguslah anak soleh,” kata Atiqah.
Nampak penat sangat tu dik, sampai tak sedar langsung.