Kejutan Sweet Dari Fattah Amin? Ini 6 Perkara Menarik Berlaku Sekitar Showcase Fazura Semalam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Meriah sangat! Itu yang kami boleh gambarkan semasa sesi showcase One Music Live Session: Fazura kat Clarke Ballroom, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur semalam. Ramai peminat isteri kepada Fattah Amin ni datang nak bagi sokongan dekat heroin drama Hero Seorang Cinderella tu. Siap beratur seawal 3 petang lagi untuk claim ticket ke showcase ni!

Rugi oi sapa tak pergi! Kitorang taknak cerita panjang. Nah kitorang share pengalaman dan enam perkara menarik yang berlaku semasa showcase ni berlangsung. Dengar cerita Fattah Amin bagi kejutan dan ada gosip menanti. Baca sampai habis tau!

 

1. Persembahan pembukaan menarik dari Back2Basixx

Mungkin tak ramai yang tahu kewujudan kumpulan ni, tapi nyanyian dorang masa persembahan pembukaan showcase Fazura memang da bomb lah! Kalau korang dengar lagu Sayangku dari Back2Basixx ni, korang mesti teringat kumpulan international cam N’Sync dan Boys II Men. Ni antara snippet persembahan dorang semalam:

 

2. Berduet dengan Aizat

Memula kita orang ingat Fattah yang nak nyanyi lagu Cinta Langka dengan Fazura, tetiba Aizat Amdan naik pentas buat kejutan. Fans macam frustlah kan sebab dok ternant-nanti Fattah. Tapi lepas dengar je Aizat nyanyi… terus semua fall in love dengan suara dia. Memang best duet Aizat dengan Fazura! Teringat-ingat lagu Cinta Langka dalam kepala ni.

Sumber: BH

 

3. Kemunculan istimewa Fattah Amin

Aww! Korang yang pegi showcase semalam mesti cair tengok Fattah Amin bawak bunga kat wife sambil nyanyi lagu Cinderella kan? Habislah semua yang datang kena kencing manis sebab Fazura dengan Fattah memang sweeettt angat atas pentas dan Fazura pulak siap tersalah lirik sebab terkedu tengok suami datang bagi support. Untunglah geng #Fattzura sebab dapat kejutan yang tak disangka-sangka semalam!

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

 

4. Peminat Fazura yang awesome!

Kitorang yakin, kejayaan yang dimiliki Fazura sekarang adalah berkat fans dia yang tak henti-henti bagi support dalam apa je perkara yang artis kesayangan dorang ni buat. Daripada bidang lakonan sampailah nyanyian, fans Fazura ataupun Fazbulous Warriors ni selalu je ada kat mana-mana event yang dijayakan Fazura. Dan semalam, lebih kurang 400 orang peminat datang untuk memeriahkan showcase ni siap bawak anak dan kawan-kawan bersorak untuk Fazura. Memang sporting habislah dorang ni siap suruh Fattah cium Fazura atas pentas. Hahaha bukan main korang eh! Nakal!

Sumber: Instagram

 

5. Kongsi perancangan berjumpa dengan peminat di negeri lain

Melihatkan sambutan showcase kali ni dapat sambutan yang hebat daripada fans, Fazura dalam sesi temubual plan untuk keluarkan album kedua yang akan ada lagu duet dengan penyanyi terkenal macam Once dan Anggun. Wow! Selain tu, Fazura pun ada jugaklah nyatakan hasrat dia untuk buat show di negeri-negeri lain di luar KL macam Pahang. So bagi korang yang duduk di luar KL tu jangan risau. Fazura tak lupa korang punyeee!

Sumber: BH

 

6. Fazura komen isu ‘sindir menyindir’ di Instagram

Makcik-makcik bawang mesti tahu gosip yang ni. Gosip sorang artis terkenal tu yang dikatakan menyindir Fazura kat Instagram. Tapi Fazura dengan coolnya menjawab, dia bo layan dan tak mau ambil peduli dengan apa-apa provokasi yang diberikan pihak ‘sebelah sana’. Kitorang pun tak taulah macam mana  Fazura boleh jadi positif dan husnuzon dalam hal macam ni, tapi pesan isteri kepada Fattah Amin ni senang je,

“Saya pun tak nak cakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya pun, terpulanglah kepada mereka. Itu bukan urusan saya kerana saya hanya mahu fokus kepada diri saya. Kalau orang lain nak fokus pada saya, itu terserahlah kepada mereka.

“Kita tak tahu niat orang, jadi lebih baik untuk kita tidak bercakap banyak mengenai perkara itu.” 

Ini video komen dari Fazura:

Tunggulah mana tahu Fazura nak buat show lagi dalam masa terdekat ni di luar KL pulak. Semoga terus sukses buat Fazura daripada team Lobak Merah!

Baca: “‘Dia’ perhati, tapi tak ganggu” – Fazura Cerita Pengalaman Diganggu di Set Penggambaran 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!