in

“‘Dia’ perhati, tapi tak ganggu” – Fazura Cerita Pengalaman Diganggu di Set Penggambaran

Page Faz1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan selain daripada makhluk yang boleh dilihat dengan mata kasar, ada juga makhluk lain yang turut berada dengan kita di muka bumi ini. Kadangkala, ada diantara kita dibuka hijab untuk melihat benda halus di sekeliling. Namun, ada masanya ‘mereka’ sendiri akan menunjukkan diri.


Menurut Cari, baru-baru ini seorang pelakon wanita terkenal, Fazura telah menceritakan pengalamannya terlihat entiti di set penggambaran. Sebelum ini juga ramai artis yang pernah berkongsi tentang diganggu di set terutamanya jika sedang menjalani penggambaran untuk cerita seram.

Faz2
sumber: instagram

Bukan setakat Fazura, aktor kacak Remy Ishak juga turut akui pernah ternampak kelibat pontianak di set yang sama sebelum ini sewaktu sedang menjalani sesi penggambaran bagi filem berjudul The Legend of Pontianak.

Pelakon yang baru menamatkan zaman bujangnya itu memegang watak sebagai pelakon utama di dalam filem tersebut dan mengakui pernah ternampak pontianak ketika penggambaran berlangsung. Fazura turut memberitahu bahawa perkara itu merupakan pengalaman pertamanya melihat kelibat makhluk tersebut.

Faz1
sumber: instagram

Isteri kepada Fattah Amin ini juga tidak menafikan sejak melihat makhluk itu, fikirannya terganggu dan turut berasa takut. Ujarnya, dia terlihat pontianak tersebut ketika sedang makan bersama dengan kru produksi yang lain. Menurut aktres berusia 35 tahun ini, pontianak itu dilihat mengenakan pakaian yang sama dengannya dengan rambut dilepaskan ke depan.

“Memang banyak kejadian mistik yang berlaku sebenarnya sepanjang penggambaran filem ini. Malah ‘dia’ turut memerhati tetapi tidak mengganggu.”

Kebiasaannya, makhluk halus tidak akan mengganggu jika dia tidak diganggu oleh manusia. Kita sebagai manusia perlulah menghormati kerana ‘mereka’ juga merupakan makhluk Tuhan.

Biasalah tu, makhluk halus ada di mana-mana. Yang penting, pastikan solat tidak tinggal dan pagar diri dengan ayat-ayat suci Al Quran…

Baca: 10 Sekolah Paling Berhantu dan Simpan 1001 Kisah Mistik di Malaysia

Sekolah1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.