“Kejap je Allah bagi pinjam” – Lelaki Gembira & Excited Dapat Tahu Isteri Mengandung, Tapi 5 Hari Kemudian…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memang tak boleh nak explain macam mana happy perasaan dia bila kita rancang untuk dapatkan anak lepastu bila buat pregnancy test, result yang kita dapat tu positif.

Macam tu jugalah perasaan seorang pengguna twitter, Dinie apabila isterinya tunjuk pregnancy test ada dua garisan. Dia dah happy membayangkan yang dia bakal jadi ayah dan isterinya bakal menjadi seorang ibu.

Tak sabar nak tengok baby dalam perut

Tanpa melengahkan masa, pada hari Sabtu lepas Dinie membawa isterinya ke klinik ibu dan anak untuk daftar buku merah.

Scan dekat perut tak nampak. Scan thru bawah, masih juga tak nampak

Bila pasangan ni cuba untuk scan kandungan di hospital swasta, doktor tanya mereka betul ke positif mengandung?

“Kena cari dan buang”

Malangnya, doktor pakar consult supaya isteri Dinie dibedah bagi mencari janin tersebut untuk ‘dibuang’. Juga ada kemungkinan, tube isterinya perlu dipotong. Allahu sedihnyaaa

Allahuakhbar, memang sedih betul bila baca kisah Dinie ni. Untuk pengetahuan korang, last update Dinie mengatakan yang isterinya dah pun masuk ke dalam bilik bedah pada pukul 2.30 pagi tadi.

Admin doakan isteri Dinie cepat sembuh dan semoga pasangan ini terus kuat dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan anak pada masa akan datang.

 

Baca: “Kuasa Allah!” – Wanita Maut Alami Kandungan Di Luar Rahim, Mengejutkan Bayi Membesar Selama 23 Minggu di Hati Ibu!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson