in

Kejam! Doktor Mengaku Bunuh ‘Girlfriend’ Kerat , Masak & Pam Anggota Badan Mangsa Dalam Tandas Lepas Tau Kekasih Rupanya Lelaki.

Featured 49

Apa agaknya perasaan korang bila dapat tau kekasih yang dicintai rupanya dari spesis yang sama? Maksudnya girlfriend korang rupanya lelaki tak pun boyfriend korang rupanya perempuan..Mesti frust menonggeng punya

Ini yang terjadi kepada seorang doktor di Rusia, Mikhail Tikhonov 27 tahun selepas dia dapat tau yang teman wanitanya merupakan seorang lelaki.

Namun apa yang Tikhonov buat ini boleh dikatakan melampau dah kejam sebab dia sampai bunuh dan kerat-kerat anggota badan girlfriendnya selepas kantoi yang gf nya tu buat pembedahan tukar jantina.

Memetik dailymail, Tikhonov turut memasak beberapa bahagian tubuh ‘kekasihnya’ tu dalam ketuhar sebelum cebisan-cebisan daging tu di pam dalam tandas.

Sumpah kejam boyfriend mangsa!

Ini cerita daripada polis lah, katanya Tikhonov keluar dengan kekasihnya Nina Surgutskaya, 25 tahun sebelum kembali ke kediaman mangsa.

Kantoi yang girlfriendnya tu lelaki selepas dorang buat ‘projek’.

Dia menyedari Surgutskaya adalah transeksual selepas mereka melakukan hubungan intim. Dia yang berang kerana ditipu bertindak mencekik mangsa hingga mati dan cuba menyembunyikan pembunuhan itu dengan menghapuskan mayatnya serta turut mengerat-ngerat organ dalamannya.”

Tak cukup dengan tu lepas dia mengerat mangsa, beberapa bahagian anggota badan pula dimasukkan dalam beg. Nak hapuskan bukti la konon

“Tikhonov kemudiannya memasukkan kepala, kaki dan tangan Surgutskaya ke dalam beg pakaian serta membawa pulang ke rumahnya. Dia memotong bahagian itu dan membuangnya ke dalam tong sampah,”.

Tapi Tikhonov tak sempat sempurnakan kerja terkutuk dia tu sebab akhirnya lelaki ini ditangkap tapi dia menafikan yang dia ‘kanibal’.

Sabit kesalahan, Tikhonov boleh dihukum penjara selama 20 tahun.

Sebelum admin terlupa, mangsa iaitu Surgutskaya difahamkan telah pun didaftarkan sebagai ‘wanita’ oleh pihak berkuasa Rusia.

Memang lah mangsa tu salah sebab tak inform pakwe dia awal-awal tapi kalau pun benci tak perlu perlakukan mangsa sampai macam tu sekali.

Baca : Kisah Malang Audrey : Pelajar Perempuan Berusia 14 Tahun Diperlakukan Dengan Brutal  Kejam Termasuk Dijolok Kemaluan Untuk Hilangkan Perawan

Audrey 2