in

Kejam! Bapa Culik Anak Tiri & Rogol Berulang Kali Selama 19 Tahun Hingga Lahirkan 9 Anak

Collage 9

Seorang lelaki berusia 63 tahun didapati bersalah merogol anak tirinya selama 19 tahun sampai dapat 9 anak.

Menurut DailyMail, tragedi ini bermula ketika ibu Rosalyn McGinnis mengahwini bapa tirinya Henri Piette ketika dia berusia 9 tahun.

14692818 7132193 Mcginnis Now 34 Managed To Escape From Piette Back In 2016 With A 42 156034520925014693498 7132193 Image M 41 1560345206387

Pada tahun 1997, ibunya bercerai dengan Henri kerana tak tahan dipukul. Bengang ditinggalkan, lelaki ini menculik Rosalyn dari sekolah dengan bantuan anak lelakinya dan lari bersama tiga anaknya.

Sebelum menetap di Mexico, Rosalyn telah dibawa ke merata-rata tempat di Amerika Syarikat. Pihak polis berkata, mereka telah mengembara ke Texas, Montana, Idaho, New Mexico, Arizona dan Mexico sepanjang dua dekad.

Ketika Rosalyn berusia 11 tahun, dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Henri di belakang van dan perkahwinan ini dijalankan oleh salah seorang anak Henri yang berusia 15 tahun ketika itu.

14693502 7132193 Image A 43 1560345271541
Sumber: daily mail

Akibat dirogol beberapa kali oleh Henri, Rosalyn melahirkan anak sulungnya ketika dia berusia 15 tahun dan 8 orang anak lagi selepas itu.

Kalau korang nak tahu, hari-hari Rosalyn dirogol dan didera. Henri akan pukul dia menggunakan senapang, kayu besbol dan botol arak. Tak cukup dengan itu, wanita malang ini juga pernah ditembak beberapa kali. Kejamnyaaa

Untuk elak dari dikesan pihak berkuasa, Henri memaksa anak tirinya untuk menukar nama serta memotong dan mewarnakan rambutnya.

Bukan tu saja, bapa kejam ini juga telah memaksa Rosalyn untuk meminta sedekah di tepi jalan untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada Jun 2016 Rosalyn lari dari tempat persembunyian mereka bersama lapan orang anaknya dan menggunakan telefon awam di Bandar Oaxaca dan menghubungi Pusat Kebangsaan Kanak-kanak Hilang.

14693504 7132193 Image A 44 1560345286027
Sumber: daily mail

Rosalyn kemudian diserahkan ke Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat sebelum dibawa pulang ke Oklahoma.

Henri telah ditahan di Mexico pada 2017 dan dibawa pulang ke Amerika Syarikat untuk didakwa.

Dalam temubual bersama media tempatan, Henri menafikan yang dia pernah merogol anak tirinya itu.

“99 peratus dari ceritanya adalah palsu. Saya beritahu benda betul. Saya tak pernah rogol anak-anak saya. Saya hanya melakukan hubungan seks dengan isteri saya. Kami dah kahwin.”

Henri telah didapati bersalah kerana menculik dan mengembara dengan niat untuk melakukan perbuatan seksual dengan kanak-kanak dan menerima hukuman penjara seumur hidup.

Tergamak betul dia musnahkan hidup anak tiri dia yang tak tahu apa-apa lagi masa tu. Ish

 

Baca: Ibu Sanggup Sebar Berita Palsu Anak Diculik Demi Nak Raih Perhatian Suami

Screenshot 2019 06 13 At 11.01.27 Am