in

Ibu Sanggup Sebar Berita Palsu Anak Diculik Demi Nak Raih Perhatian Suami

Anakdiculik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang lain punyalah nak jaga anak, kalau boleh tak nak libatkan dia dalam masalah kita. Tapi si ibu yang sorang ni lain sikit, gunakan anak untuk cetuskan kekecohan dan kebimbangan orang ramai semata-mata pasal masalah peribadinya.


Si ibu di China ni sanggup palsukan berita kononnya anaknya yang berumur 11 tahun diculik, tapi rupanya dia sendiri yang sorokkan, siap buat laporan polis, offer wang tunai lagi!

 

Konon nak uji suami

Eyeyiqfbcncolg55Xsjc3Eax6A
Sumber : blog

Lapor mStar, wanita berkenaan bertengkar dengan suaminya, jadi dia merancang untuk memalsukan kejadian penculikan itu sebagai cara untuk menguji sama ada suaminya benar-benar mengambil berat terhadap dirinya dan anak lelaki mereka.

Wanita berusia 33 tahun yang dikenali sebagai Chen ini telah bertemu dengan anak lelaki pada waktu lepas sekolah dan mengarahkan untuk menunggu di dalam kereta lain sementara dia pergi buat laporan polis palsu.

 

Cetus kekecohan Hilang 5 hari rupa-rupanya…

Palsukan Anak Culik
Sumber : mstar

Kes tersebut meraih perhatian negara itu selepas ganjaran AS$72,000 (RM299,726) ditawarkan oleh keluarga tersebut bagi sebarang maklumat mengenai keberadaan mangsa culik.

Sanggup buat sebuah poster, gambar anak lelaki dan keterangan pakaiannya. Polis berkata kes itu telah diisytiharkan sebagai satu priority buat mereka,  pegawai polis di daerah Yueqing dan Wenzhou telah berpakat untuk mencari anaknya itu.

Namun berita anaknya yang dikatakan hilang lebih daripada 5 hari tu rupa-rupanya adalah satu penipuan apabila anaknya Huang, ditemui di rumah saudaranya sendiri.

Disebabkan itu, membawa siasatan tersebut ke peringkat seterusnya dan ia akan dikendalikan mengikut undang-undang

Alahai, hal macam ni janganlah dibuat main-main. untuk pengetahuan kira-kira 70,000 kanak-kanak di China diculik dan dijual di ‘black market’ setiap tahun tau. Bahkan, jarang yang dapat jumpa balik. 

 

Baca : Gadis Diculik Bomoh Selama 15 Tahun Untuk Jadi Gundik Jin

Gunn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.