in

Kehilangan Coli dan Seluar Dalam Wanita Buat Penduduk Kampung Resah, Rupa-rupanya Angkara…

Pakaian Dalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin anda pernah dengar dengan keinginan pelik-pelik manusia zaman sekarang seperti gemar mengumpul coli dan seluar dalam wanita. Perbuatan menjijikkan itu membuatkan sesetengah wanita hidup dalam ketakutan apabila manusia seperti ini tinggal di dalam komuniti masyarakat kita.


Pun begitu, lain pula yang berlaku di sebuah kampung dekat Bota baru-baru ini. Menurut Malaysian Digest, sekumpulan monyet ‘buat perangai’ dengan bukan saja merosakkan tanaman dan mencuri makanan penduduk kampung, malah mereka juga aktif dalam mencuri pakaian dalam wanita! Alamak… apa dah jadi??

Cerita Unik Monyet Pencuri Pakaian Dalam Wanita Di Wonogiri Qhvdcct7Iw
gambar hiasan

Kejadian aneh yang berlaku di Kampung Titi Gantong, Bota Kiri itu telah menimbulkan keresahan penduduk terutamanya golongan wanita yang sering kehilangan coli dan seluar dalam mereka. Salah seorang penduduk, Nur Safiqah Mohd Azahar, 23, berkata, masalah tersebut sudah pun berlanjutan selama dua tahun, namun sejak kebelakangan ini ia kian menjadi-jadi hingga menyebabkan penduduk berasa takut. 

“Sebelum ini kami ingatkan ada individu yang mencuri pakaian dalam perempuan namun tidak sangka rupa-rupanya monyet yang melarikannya dan saya sendiri pernah nampak kejadian itu.

“Saya difahamkan haiwan itu lebih menyukai pakaian dalam wanita berbanding lelaki kerana kami pernah cuba meletakkan pakaian dalam lelaki namun ia tidak diambil,” katanya. Ceh pandai pulak monyet ni memilih ye! 

 

Mon Mon
gambar hiasan

Katanya lagi, monyet tersebut selalunya akan datang secara berkumpulan dan bertindak agresif hingga menyebabkan penduduk berasa takut dan tidak selamat. Dalam pada itu, mereka juga hairan mengapa pakaian dalam wanita pula yang menjadi pilihan haiwan tersebut.

“Ibu saya pernah dikejar kumpulan haiwan itu sehingga menyebabkan terjatuh dan kerana sudah tak tahan lagi kami membuat aduan kepada Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara).

“Sebuah perangkap sudah diletakkan di belakang rumah datuk saya namun haiwan mamalia itu masih lagi berani datang ke situ,” tambahnya lagi.

Dsc 0416 1
gambar hiasan

Selain itu, tanaman seperti pisang, ubi dan serai milik penduduk bernama Junaidah Mohd Salleh, 50, juga sering dicabut menyebabkan dia tidak sempat merasa hasil daripada tanamannya itu.

Menurutnya, haiwan tersebut gemar berlari di atas bumbung dan dia terpaksa memberanikan diri untuk menutup pintu dan tingkap rumah jika tinggal bersendirian kerana bimbang akan keselamatannya.

Masalah yang sama juga dihadapi ibu kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran yang kini telah berjaya menangkap hampir lapan ekor monyet di belakang rumahnya.

“Situasi ini sesuatu yang membimbangkan lebih-lebih lagi kepada wanita dan saya sendiri sebagai seorang anak turut risau keadaan ibu di rumah ketika ahli keluarga lain keluar bekerja kerana haiwan itu agresif,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk kampung tersebut berharap pihak Perhilitan akan mengambil tindakan segera dalam membanteras masalah ini dan aduan sudah pun dibuat ke jabatan berkenaan.

Aduh ingatkan kerja manusia… rupa-rupanya monyet pun dah berani buat ‘perangai’ macam ni! 

Baca: Pelik Minyak Motor Asyik Habis, Lelaki Pasang Jerat Dapat Tahu Rupa-rupanya…

Monyets

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.