in

Kalau Boleh Diputarkan Waktu, Ini 5 Perkara Yang Ramai Nak Elak?

ft image perkara perlu elak

Pasti antara kita pernah terlintas dalam fikiran untuk kembali ke masa lalu sebab nak ubah keputusan yang pernah dibuat. Sama ada untuk menikmati kembali detik-detik bahagia bersama si dia, atau pelbagai sebab lain.

Walaupun ada yang gembira dengan kejayaan sekarang, tapi mesti ada sesuatu perkara masa lalu yang nak diubah walaupun sedikit.

Jika diberi kesempatan untuk putarkan waktu, rata-ratanya ingin mengubah beberapa perkara ini:

Tukar course study

pexels andrea piacquadio 3808016

Selalunya bila dapat tawaran ke institusi pengajian tinggi, ada yang dapat bidang yang diminati dan ada pula yang dapat bidang yang langsung tak dijangka.

Bila dapat yang tak minat atau tak boleh bawa, mulalah rasa menyesal sebab tak tukar course awal-awal.

Kalau boleh undurkan masa, akan usahakan untuk pilih course yang diminati ataupun cari yang ada demand dalam alam pekerjaan.

Elak kumpul hutang

pexels nicola barts 7927422

Tak dinafikan, gaya hidup pada hari ini membuatkan segelintir golongan sanggup berhutang keliling pinggang semata-mata untuk kelihatan gah di depan orang lain.

Lebih menyedihkan, sudah lama bekerja masih tidak mempunyai simpanan peribadi kerana terlalu boros dan pada akhirnya berhutang dengan orang lain setelah kehabisan wang.

Jadi, apa yang perlu buat? Korang semak balik gaya hidup dengan kurangkan apa yang tak perlu. Yang penting, bersyukur dengan apa yang ada, barulah rezeki bertambah.

Nak kurangkan makan

i yunmai 5jctAMjz21A unsplash

Ramai yang berangan mahu kurus tetapi gagal mengawal selera makan. Benar, memang sukar untuk mengawal nafsu makan lebih-lebih lagi jika kita ni seorang pencinta makanan.

Tapi, bila tak hirau tentang pengambilan makanan, akhirnya akan ditimpa pelbagai penyakit.

Sebenarnya, korang perlu lebih berdisiplin, bersemangat dan sentiasa berfikiran positif barulah mudah untuk mengawal nafsu makan sekaligus dapat capai berat badan ideal!

Salah pilih kawan

muhamad iqbal akbar JlOm3kz6S1I unsplash

Antara faktor yang menyebabkan masa depan hancur dek tersalah memilih kawan. Walaupun ada yang kata kawan itu individu yang tidak berapa penting dalam kehidupan, namun mereka yang akan memberi banyak impak dalam kehidupan kita.

Seronok cuma seketika. Selebihnya lebih kepada memudaratkan dan perlahan-lahan buat diri kita berubah jika tersalah memilih kawan.

Masih sempat lagi untuk berubah dengan memilih jalan selamat tinggalkan kawan yang mungkin membawa mudarat.

Nak elak tabiat tak baik

Screenshot 20230228 044327

Semua orang ada tabiat buruk masing-masing, sama ada sedar atau tidak. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita tidak perbaiki diri.

Salah satu tabiat yang nak dielak ialah merokok kerana bukan sahaja terdedah kepada gejala kesihatan, malah kepada orang sekeliling yang secara tidak langsung turut sama ‘menyedut’ asap yang dikeluarkan dari rokok.

Namun, tak ramai yang mampu berhenti serta-merta bila melibatkan rokok ni. Tapi, pasti ada yang berhasrat mencari alternatif lain untuk mengurangkan risiko terbabit.

Salah satu pendekatan moden bagi menangani isu penggunaan tembakau adalah menerusi kaedah pengurangan kemudaratan (harm reduction).

Pelbagai alternatif turut dibangunkan berdasarkan strategi dan prinsip pengurangan bahaya seperti produk pemanasan tembakau tanpa pembakaran (heat-not-burn) yang mempunyai kadar bahan kimia berbahaya yang lebih rendah berbanding rokok.

Salah satu contohnya, peranti pemanas tembakau lil SOLID Ez yang diperkenalkan oleh IQOS.

Picture1

Peranti ini dirangka untuk memanaskan tembakau tanpa proses pembakaran. Jadi, ia mengeluarkan paras bahan kimia yang jauh lebih rendah berbanding rokok biasa*.

*[Maklumat Penting : IQOS bukan bebas risiko]

*Pengurangan pada tahap purata pelbagai bahan kimia berbahaya (tidak termasuk nikotin) berbanding dengan asap rokok rujukan. Lihat “Maklumat Penting” di IQOS.com

Bukan sahaja tak ada asap atau bau yang boleh mengganggu orang sekeliling, malah tak perlu risau kesan abu rokok yang melekat pada baju.

Namun perlu diingatkan, ia masih tidak bebas risiko dan memberikan nikotin yang menimbulkan ketagihan.

Apapun, pilihan terbaik adalah untuk berhenti sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, janganlah mula merokok. Ketahui lebih lanjut di sini.

Ikuti IQOS di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

Advertisement

Sumber: pexels
Sumber: pexels
Sumber: unsplash
Sumber: unsplash
Sumber: kompas