Kecoh! Satu Batalion Polis Serbu Satu Lokasi Di KL, Rupa-rupanya Sebab…

Tambah ke Sumber Pilihan
Kecoh! Satu Batalion Polis Serbu Satu Lokasi Di KL, Rupa-rupanya Sebab…

Kalau korang perasan, ada beberapa kawasan dekat Kuala Lumpur penuh dengan warga asing yang dikatakan mencari rezeki di Malaysia. Tetapi tak semua daripada mereka mempunyai permit yang sah untuk bekerja malah ada yang memasuki negara ini melalui ‘jalan tikus’.

Hari ini, kecoh di media sosial video memaparkan beberapa trak polis menggempur satu kawasan yang dikatakan lokasi bagi pendatang tanpa izin (PATI). Menurut Kosmo!, serbuan itu dilakukan bermula jam 11 pagi.


Dah macam ‘Mini Dhaka’

Sewaktu serbuan itu dijalankan, seramai 1,000 anggota dan pegawai polis yang lengkap bersenjata memecah masuk setiap premis warga asing yang membabitkan empat buah blok dan mendapati salah satu premis di situ menjalankan perniagaan klinik persendirian khas untuk golongan mereka sahaja.

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Penyanyi Di Klang, Pengadu Sempat Rakam Kejadian Ketika ‘Call’ Polis

Artikel berkaitan: Ulas Isu Kes Polis Langgar Pelajar Di TikTok, Caprice Dipanggil Ke IPD

Selain itu, polis menemukan beberapa premis yang dijadikan bilik sewa dan keadaannya juga amat berselerak dan kotor dipercayai dihuni oleh warga asing.

Mujur, semasa serbuan dilakukan sekurang-kurangnya 500 warga asing yang terdiri daripada warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal berjaya ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) untuk proses dokumentasi.

“Mereka suka bergaduh, buat bising”

Menurut Utusan Malaysia, warga asing yang tinggal di kawasan itu semakin ‘besar kepala’ dan suka menunjuk lagak kononnnya merekalah warga tempatan.

Tidak hanya membuka klinik sesuka hati, mereka juga kerap bergaduh sehingga mengancam keselamatan warga tempatan yang berniaga di kawasan tersebut.

Mereka (warga asing) di sini suka buat kotor, mabuk. Khemah saya juga pernah patah akibat pergaduhan mereka. Malah, ada yang lagak macam orang sini.. hingga kita rasa tidak selesa. – peniaga

Kata peniaga itu, serbuan di kawasan tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh pihak polis sejak dia berniaga kira-kira 11 tahun dahulu.

Sumber: Kosmo! Utusan Malaysia

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kecoh! Satu Batalion Polis Serbu Satu Lokasi Di KL, Rupa-rupanya Sebab…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kecoh-satu-batalion-polis-serbu-satu-lokasi-di-kl-rupa-rupanya-sebab/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM