in

Lelaki Mengamuk Depan Masjid Maut Didakwa Dipukul Sekumpulan Pelajar Tahfiz

Budak Tahfiz Pukul Lelaki Kurang Siuman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara mengamuk dan menendang seorang wanita, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental dipercayai telah dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.


Menurut Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 malam, lelaki berusia 20-an itu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 50-an yang melalui pekarangan masjid itu.

2074282

Mangsa tendang tukang masak sekolah tahfiz

Saksi yang dikenali sebagai Azam berkata, mangsa telah dilihat mengamuk di sekitar surau Pasar Kota Jembal pada waktu Zuhur, sebelum datang ke masjid berkenaan.

Mangsa kemudian sempat menunaikan solat Asar bersendirian sebelum bertindak di luar kawalan dengan menendang seorang wanita yang juga tukang masak di sekolah tahfiz berkenaan ketika melalui pekarangan masjid itu.

Melihat kejadian berkenaan, sekumpulan lelaki membantu wanita itu sehingga berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul sebelum didapati tidak sedarkan diri.

“Mangsa dilihat mengamuk beberapa jam sebelum kejadian berlaku, namun tiada yang membuat laporan polis kerana tidak menyangka dia akan mencederakan orang awam,” kata saksi.

Pelajar Tahfiz

Hasil tinjauan mendapati terdapat sekumpulan lelaki dibawa menaiki van oleh pihak polis dipercayai untuk membantu siasatan.

Kata Azam lagi, menurut saksi lain, mangsa yang dipercayai berasal dari Pasir Puteh itu telah menunaikan solat Asar dalam keadaan menangis sebelum tiba-tiba mengamuk semula di pekarangan masjid.

Mangsa juga menurutnya baru pertama kali dilihat berada di kawasan berkenaan dan tidak dikenali oleh mana-mana jemaah atau penduduk tempatan.

Dia juga berpakaian seperti orang biasa namun perlakuannya yang menjerit dan menengking orang ramai menunjukkannya mempunyai masalah mental,” jelasnya.

Sehingga setakat ini, pihak polis masih belum mengesahkan berkaitan kejadian berkenaan.

Baca: Firdaus Wong Tegur ‘Pengerusi Tahfiz’ Buat Lawak Isu Penceramah Bebas Rogol Gadis 14 Tahun

Frdaus

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.