in

Kecoh Kisah Remaja Buat Perkhidmatan Bawa Penumpang Guna Motor, Rupanya Nak ‘Test Market’ Je

1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kecoh Kisah Remaja Buat Perkhidmatan Bawa Penumpang Guna Motor, Rupanya Nak 'Test Market' Je
Loading
/

Pada masa kini, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencari duit poket lebih bagi menampung keperluan hidup. Golongan muda terutamanya yang masih belajar, kini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan untuk mencari rezeki yang halal dan mengurangkan bebanan keluarga.


Menurut Utusan, seorang remaja perempuan menjadi bualan hangat di media sosial selepas memuat naik entri di Facebook melakukan perkhidmatan membawa penumpang wanita menggunakan motosikal. Hal ini menjadi isu kerana perkhidmatan sebegitu telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun lalu.

Motor1Blur
sumber: utusan

Walau bagaimanapun, Yus Nor Shaqirah Yus Azman Shukri, 20, menjelaskan bahawa dia sebenarnya menjalankan perkhidmatan penghantaran barang iaitu sebagai runner dan bukannya membawa penumpang menggunakan motosikalnya.

Namun begitu, Yus banyak menerima respon di Facebook yang berminat untuk mendapatkan khidmat membawa penumpang dengan motosikal, selain pelanggannya yang juga mengesyorkan supaya Yus membuat perkhidmatan itu.

Motor3Blur
sumber: utusan

Tambah Yus lagi, dia menaikkan entri begitu kerana ingin mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan bagi menilai potensi perkhidmatan yang dilakukannya. Pelajar semester akhir Diploma Penerbangan di sebuah kolej swasta di ibu kota memberitahu ilham untuk menjadi runner datang ketika sedang melancong di Thailand bersama keluarganya pada tahun lepas.

Motor4Blur
sumber: youtube

Sementara itu, Yus menerangkan bahawa sebelum melakukan perkhidmatan ini, dia telah pun berbincang dengan keluarganya dan tekad memulakan khidmat penghantaran barangan selepas mendapat persetujuan mereka. Yus juga menjelaskan tujuan membuat pekhidmatan itu adalah untuk meringankan beban keluarga.

Anak sulung daripada empat beradik ini sememangnya minat berniaga dan pernah membuat perniagaan lain sebelum ini. Oleh itu, dia berharap agar ada pihak berkaitan yang dapat membantunya dan menyediakan khidmat nasihat agar dia dapat mengembangkan perkhidmatan yang dijalankannya.

Wah! Memang berani!

Baca: Gadis Cantik Jadi Mak Guard Buat Ramai Lelaki Tak Sabar Nak Ambil Anak Dari Sekolah

Motor3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.