“Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Video pasal kes-kes buli dalam kalangan pelajar sekolah yang tersebar di media sosial ini bukan lah satu perkara pelik di negara kita. Sudah semestinya kita akan cukup marah bila melihatnya.

Melihat keadaan mangsa yang terpaksa akur dengan sikap agresif sekumpulan pelajar yang tak ada sivik sambil merakam demi kepuasan mereka dapat melepaskan geram dan membuka aib mangsa.

Tapi kadang-kadang bukan semua mangsa yang akur itu penakut, mereka sebenarnya bersabar dan tak nak keadaan akan bertambah teruk, tapi bila dah geram buruk padahnya macam dalam video ni.

 

Jangan risau pembuli selalunya tak kuat”

Baru-baru ini viral di Twitter pasal seorang budak sekolah diserang oleh rakan sekelas sambil dirakamkan oleh seseorang.

Pada mulanya memang kita sendiri sakit hati bila melihat kelakuan si pelaku tu dekat mangsa yang hanya tunduk diam dan bersabar. Ditunjal dengan buku, lepastu kawan lain pula pergi tutup kepalanya dengan beg, tolak sampai terbaring dan dipukul.

Kesabaran mangsa makin tercabar namun dia cuba bertenang dengan duduk bersila semula. Tapi kesabaran mangsa itu sampai ke batas apabila si pelaku sepak kepala si mangsa.

Korang tengok apa yang si mangsa buat ni.

Ramai netizen puas hati bila tengok si pelaku tu kena balik, macam dalam filem superhero pun ada.

 

Ini baru nama dia jangan kejut harimau yang sedar tidur – Netizen

Admin puas dan suka cara mangsa, bersabar selagi boleh dan dia melawan untuk pertahankan diri, bukannya untuk membalas dendam.

Yang buli-buli ni kuat sebab ada geng je.

 

Baca : Sumbat Cebisan Kertas Dalam Mata, Gadis Muda Ini Hampir Buta Sebab Di Buli

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?