in

“Kau jerit aku bunuh kau” – Cikgu Kena Samun & Tikam Bertubi-tubi Dalam Lif, Rupanya Jiran Sendiri Buat!

Cikgu Kena Tikam

Selepas bergembira berjumpa dengan kawan-kawan, seorang guru pulang ke rumah namun malam itu satu insiden yang tidak akan dilupakannya berlaku. Menurut WOB, seorang guru berusia 20 tahun telah disamun dan ditikam jirannya sendiri di dalam sebuah lif dekat Flat Taman Sri Damai, Kelutong, Georgetown.

Ketika kejadian pada Rabu lepas kira-kira jam 11.16 malam itu, mangsa berseorangan dan suspek telah memasuki lif tersebut. Mengikut laporan mStar, suspek merupakan seorang lelaki dan memakai topeng muka ketika kejadian.

Samun 1
gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata,

Sebaik pintu lif ditutup, lelaki itu terus menyerang wanita itu dan menikam di bahagian belakang mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau, sebelum menyamun dompet serta telefon bimbit mangsa dan melarikan diri.”

Menurut ibunya, mangsa cuba untuk menjerit tetapi dihalang oleh suspek yang mengugutnya. Disebabkan takut, mangsa merayu dan berkata dia boleh beri apa saja kepada suspek ketika itu.

Suspek malah menutup mulut dia dan ugut dengan berkata ‘Kalau kau jerit aku akan bunuh kau’. Anak saya merayu padanya dan berkata dia sanggup beri apa saja, jadi dia terus serahkan RM120 dan suspek terus merampas beg dompet sebelum melarikan diri.”

Tikam1
sumber: guang ming daily

Guang Ming Daily melaporkan mangsa cedera parah selepas ditikam sebanyak 9 kali di belakang badannya, 2 di bahagian kiri dan 7 di bahagian kanan. Dalam keadaan lemah, mangsa gagahkan diri untuk berjalan hingga ke depan rumah dan terus rebah dalam keadaan melutut ketika meminta bantuan ibunya.

Polis berkata suspek turut merampas telefon bimbit jenis Huawei 2i milik mangsa dan selepas mendapat maklumat, mereka berjaya menahan lelaki berusia 26 tahun itu.

Suspek merupakan seorang penganggur dan disahkan positif dadah serta turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. Dia kini direman sehingga 15 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan parah.

Tikam3
sumber: guang ming daily

Jika disabit kesalahan dia boleh dihukum penjara hinga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Selalunya kita dipesan untuk berhati-hati dengan orang tak dikenali tapi siapa sangka orang yang tinggal berdekatan dengan kita tu pun boleh mencederakan kita…

Baca: “Nenek datang dalam mimpi suruh buat” – Pemuda Bunuh Jiran Pakai Raket Nyamuk Sebelum Solat Jumaat

Raket